Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Saturday, 4 June 2011

Muzium

Muzium

MUZIUM SARAWAK
 
 
 

Muzium Sarawak didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di Negeri Sarawak pada masa tersebut.

Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44' x 160', mempunyai
dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan
edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.

Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah
jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini.

Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.

Masa Lawatan : Isnin hingga Ahad 9.00 a.m. hingga 4.30 p.m Masuk adalah Percuma

DEWAN TUN ABDUL RAZAK

Dewan Tun Abdul Razak merupakan salah satu daripada galeri Muzium Sarawak. Namanya diambil sempena nama Perdana Menteri Kedua Malaysia.
 
 Ia merupakan bangunan dua tingkat dan dahulunya digunakan sebagai Dewan Perhimpunan Perundangan daripada tahun 1973 sehingga 1975. Pada 1982, ia dijadikan galeri pameran dan dibuka secara rasmi dalam tahun 1983.

Aras bawah bangunan tersebut digunakan untuk mempamerkan pameran-pameran sementara mengikut tema.
 
 Di bahagian berkenaan juga ditempatkan kedai muzium yang menjual pelbagai cenderamata yang terdiri daripada barang-barang seni tradisional, kemeja, buku dan sebagainya.

Pada aras satu, kebanyakkan barang pameran merupakan barangan pra-sejarah seperti pasu berwarna, barang-barang loyang, perabot Cina, ruangan rumah panjang dan sebagainya.
 
 Sebahagian besar barangan arkeologi yang diperolehi di negeri Sarawak juga ada dipamerkan di sini.
Masa Lawatan : Isnin hingga Ahad 9.00 a.m. hingga 4.30 p.m Masuk adalah Percuma

Lebuh India

Wednesday, October 29, 2008 at 12:02 PM |  

Utusan Malaysia cuba membongkar rahsia di sebalik keistimewaan Lebuh India yang dikatakan wujud sejak 1850-an dan mampu bertahan sehingga hari ini serta berpeluang menemubual generasi pewaris peniaga awal di kawasan tersebut iaitu Aysha Shaikh Ismail, 50.

Aysha yang memiliki Syarikat Perniagaan Zaiyah menceritakan bahawa kawasan Lebuh India dianugerahkan oleh pemerintah Borneo ketika itu, Rajah Putih kepada pedagang India Muslim yang tiba ke Sarawak.
Menurutnya, kumpulan India Muslim itu kemudiannya membina sebuah surau dan di sekelilingnya pula dibina deretan bangunan kedai untuk aktiviti kaum tersebut.

''Para pedagang itu pula akan membayar sewa kepada surau, di atas penggunaan bangunan-bangunan kedai di sini sehingga sekarang.

''Lama-kelamaan, kawasan yang mulanya sunyi menjadi semakin meriah dari tahun ke tahun ekoran penduduk dari seluruh Sarawak bertumpu ke Lebuh India untuk 'shopping' zaman dahulu," katanya.

Asyha memberitahu, jika berada pada zaman itu, gambaran mengenai Lebuh India ketika itu boleh dibayangkan dengan Sungai Sarawak penuh dengan perahu, bot dan kapal dari seluruh Sarawak yang berlabuh di situ semata-mata untuk membeli-belah di sini.

Malah katanya, ada yang sanggup bermalam dua atau tiga hari di dalam perahu atau bot masing-masing untuk membeli belah keesokannya bahkan keadaan Lebuh India semakin sesak jika berlangsungnya kejohanan regata di Sungai Sarawak.

''Begitulah sedikit gambaran mengenai suasana dan pemandangan Lebuh India pada zaman-zaman dahulu dan kami anak-anak kecil pada masa itu sungguh teruja dengan kehadiran orang ramai ke sini.

''Perniagaan di Lebuh India ini juga diwarisi secara turun temurun oleh generasi seterusnya termasuk saya sendiri yang mewarisinya daripada ayah," katanya.

Posted by tajau singa raja

Friday, 3 June 2011

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh


 

Semenggoh: orang utan calling

April 14, 2011

Surat terbuka kepada manusia.

Hi, nama saya Edwin. Saya adalah seekor orang utan yang hidup di pusat rehabilitasi orang utan di Semenggoh, Kuching.

Jika ada kelapangan, datanglah menjenguk saya, sepupu dan anak sedara mara saya di sini.

 Bila dah bosan layan dan tengok kerenah manusia, sekali sekala apa salahnya tengok kerenah orang utan pulak. Memang layan.

 Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre di Bt. 10, Kuching, kira kira 30-40 minit dari bandar Kuching menempatkan kira2 23 ekor orang hutan termasuk saya.

 Jalan ke Semenggoh Wildlife adalah menghala ke arah Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu dsb.



Untuk masuk ke pusat yang dibawah kawalan Forest Department Sarawak ini, bayaran yang dikenakan untuk manusia adalah RM3 sahaja. Untuk haiwan, percuma.



Daripada kaunter bayaran, kena terus drive melalui kawasan yang agak licin, sempat dan sedikit curam. Lima minit selepas drive baru boleh sampai ke tempat public parking.





Berbeza daripada sanctuary orang utan lain seperti di Sepilok, Sabah atau satu lagi di Singapura dimana anak2 orang hutan & remaja sebaya kami dimanjakan dan boleh dipegang, dipeluk serta disuap makanan kerana jinak, pusat di Semenggoh tidak begitu kerana ia sebuah kawasan pemuliharaaan di mana orang kami dibiar hidup meliar.

 Jadi sifat2 yang bakal ditonjolkan oleh kami dan keluarga orang utan di Semenggoh adalah lebih kepada sifat semulajadi & naluri haiwan sebenar.



Waktu yang paling sesuai untuk melawat kami di pusat pemuliharaan orang utan semenggoh ialah pada waktu pagi (9am-10am) atau petang (3pm-4pm) kerana pada waktu ini penjaga pusat akan memberikan makanan kepada kami.

 Selalunya pada waktu ni mood kami biasanya dalam keadaan baik.

 Biasalah, macam manusialah jugak.

 Apabila waktu makan tiba, akan kelihatan muncul dari kejauhan di ‘feeding area’ ataupun di kawasan umum di mana orang ramai boleh melihat saya dan rakan rakan seperjuangan lain.

 Pelawat tidak dibenarkan memberi makanan atau menyentuh orang utan di sini. Maklumlah, kami ni ganas dan unpredictable sikit. Hanya penjaga pusat sahaja yang dibenarkan.



Satu nasihat yang perlu diberi perhatian di sini ialah anda hendaklah sentiasa mendengar penerangan, nasihat dan arahan daripada pegawai yang menjaga pusat tersebut.



Memandangkan mereka sudah lama ‘berkawan’ dengan kami orang orang utan di sini, jadi mereka tahu bila ada orang utan yang berada dalam mood yang tidak baik dan bersedia untuk mengganas.
 Pusat ini dilengkapi dengan kawasan berkumpul di masa kecemasan seperti waktu orang utan mengamuk dan sebagainya.



Uncle di bawah yang rancak bercerita di bawah ini pernah dicederekan oleh seekor orang utan (bukan saya) yang mengamuk di bahagian kaki kanannya. Penjaga2 pusat pemuliharaan ini rata2nya amat peramah dan mesra sekali.



Tapi anda janganlah terlalu risau untuk datang kerana segala arahan dan pemberitahuan akan dilakukan dengan baik oleh pegawai bertugas.

Kami juga, tidak seperti monyet2 dan beruk2 di Botanical Garden di Penang, tidak mencuri plastik makanan dan kamera anda.

 Setiap orang utan di sini diberi nama2 tersendiri. Contohya anak saudara sebelah pak su saya, George di bawah. George ni sporting, fotogenik dan tak pemarah.

 Nak ambik makanan pun ada showmanship. Mula2 bergayut upside down dan tunggu orang baling tebu dari bawah.



‘Penghulu’ orang utan di pusat ini bernama Ritchy, seekor orang utan yang tua, huduh, busuk, moody dan kasanova.

 Dinamakan penghulu bukan disebabkan sifat kepemimpinannya tapi sikapnya yang sombong dan bossy.

Kebetulan waktu gambar di bawah diambil mood dia berada dalam keadaan yang tak baik.

 Ini disebabkan perselisihan fahaman antara Ritchy dan George kerana George mengganggu territory Ritchy dan mereka berdua sedang berebut awek yang sama, iaitu Noryn.

 Nasib baiklah Ritchy tidak mengetahui saya ada affair dengan Noryn. Kalau tak mampos…
Tengok muka Ritchy ni dari jauh pun dah gerun.

‘Apa pandang pandang?’, mungkin itu yang dikatakan Ritchy.



Di belakang pengetahuan Ritchy, kami menggelarkan beliau Ritchy Bitchy.



Anda boleh melihat clip George tengah makan tebu (background sound tu interview manusia dengan penjaga pusat), manakala untuk Ritchy Bitchy, tak sempat kerana haritu mood dia meragam.

Tak tahulah kenapa, tapi somehow papan tanda kat bawah ni look funny bila saya baca… Kawan2 orang utan yang lain pun gelak bila baca.



Pusat ini ditutup sebelum hari gelap untuk membolehkan kami mengawan tanpa dicapture dalam camera video dan diupload dalam YouTube.



Sekian, terima kasih kerana membaca surat ini.

- Edwin

Semenggoh Wildlife Rehabiliation Centre,
93677, Kuching, Sarawak

dipetik dari:pesonabatik.com 
sumber:cutidikuching.com

Thursday, 2 June 2011

Taman Hidupan Liar Matang

Pusat Hidupan Liar Matang


Pusat Hidupan Liar Matang
Pusat Hidupan Liar Matang terletak kira-kira 35km dari Kuching.

 Kawasan hutan hujan yang besar dan berpagar yang terletak di Taman Negara Kubah adalah tempat tinggal hidupan liar yang semakin pupus.

 Di sini sebuah program latihan telah diadakan untuk mengajar Orang Utan yang telah kematian ibubapa atau yang diselamatkan daripada menjadi haiwan peliharaan tentang cara untuk hidup di hutan.

 Pengunjung akan dapat melihat banyak Orang Utan di sini terutama sekali pada waktu mereka diberi makan. Selain dari primat yang comel ini, ada juga Beruang Madu, Rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang mengandungi Helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.
Aktiviti merentas hutan juga boleh dijalankan kerana terdapat empat buah laluan trek hutan di sini; Pitcher Trail (mengambil masa kira-kira 2 jam), Sungai Rayu Trail ( kira-kira 3 - 4 jam), Sungai Senduk Trail (kira-kira 1 jam) dan Sungai Buluh Trail (kira-kira 2 jam).

 Tempat-tempat perkelahan, pusat maklumat, kemudahan-kemudahan penginapan, tempat meletak kereta dan sebuah kantin yang kecil juga boleh didapati di Ibupejabat Taman Negara.
Tips
Pusat ini menyediakan peluang yang baik untuk para pengunjung melihat Orang Utan tetapi haiwan lain mungkin agak sukar untuk dilihat.
Pengangkutan
Jalan Darat (Bas atau Teksi)
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian :

 +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my
Penginapan
Bilik asrama, calet dan tapak perkhemahan disediakan di sini.
Dari Sumber:

Taman Kubah

lokasi1

PELANCONGAN

Taman Negara Kubah

Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan beberapa minit perjalanan dari Kampung Matang, Taman Negara Kubah yang memiliki hutan semula jadi merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar.

 Sebahagian besar taman ini diliputi dataran tinggi batu pasir termasuklah Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok.

 Dengan ketinggian antara 150 hingga 450 meter, dataran ini diselang-selikan dengan terbentuknya batu kapur yang sudah menjadi keras dan deruan air terjun yang jernih dan mampu menggamit kedatangan pengunjung.

 Kawasan ini meliputi hutan lanar, hutan campuran bertanah rendah (dipterocarp), hutan kerangas (kesihatan), hutan ‘submont’ dan hutan sekunder.

 Lokasi taman yang berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakau serta ciri-ciri semula jadi lain menjadikan Kubah sebagai kawasan hidupan liar seperti babi hutan, Kenyalang, pelanduk, tupai dan pelbagai jenis amfibia serta reptilia.

Taman Negara Kubah juga menjadi tempat melatih Orang Utan yang tidak mempunyai ibu bapa tentang cara hidup berdikari di dalam hutan.

 Apabila berada di sini, pengunjung dapat melihat banyak Orang Utan terutama ketika haiwan-haiwan ini diberi makan selain berkesempatan melihat beruang Madu, rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang menempatkan helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.

 Di sini, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rentas hutan dengan melalui empat trek yang disediakan.

 Jika melalui trailPitcher, ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam manakala trail sungai Rayu memerlukan
 masa kira-kira tiga hingga empat jam.

 Sekiranya melalui trail sungai Senduk, masa yang diperlukan untuk merentas hutan biasanya lebih kurang satu jam dan tambahan sejam lagi jika melalui trail sungai Buluh.

 Kemudahan penginapan seperti khemah dan chalet yang dilengkapi katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi, elektrik serta tempat meletak kereta dan kantin juga disediakan di taman negara ini

Bagi pengunjung luar yang ingin melihat gelagat pelbagai jenis haiwan dan menikmati alam semula jadi di Taman Negara Kubah disarankan menyewa kereta atau pun menaiki teksi kerana masa perjalanan bagi pengangkutan awam di sini agak terhad.

 Dari pusat bandar raya Kuching, perjalanan menuju ke sini lazimnya mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam bergantung kepada keadaan jalan raya.

 Dari pusat bandar, pengunjung perlu memandu ke Jalan Satok dan merentasi jambatan (jalan raya) yang menjadi laluan utama bagi menghubungkan penduduk kawasan utara (seberang sungai) dan selatan, Kuching.

 Sampai sahaja di simpang bulatan simpang empat, pengunjung perlu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Matang.

 Dari sini, perjalanan perlu diteruskan kira-kira setengah jam dengan melalui jalan utama Matang sebelum sampai ke Taman Negara Kubah. (KK6: 21 Julai 2010 – Oleh: Noraini Mahyan)

dari sumber:

Perpustakaan Desa Kampung Matang Batu 10 93050 Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang.

Taman Ranchan

Taman Rekreasi Ranchan Serian



Ranchan Sejuk dan Menyegarkan
T
aman Air Terjun Ranchan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar James Wong Kim Min, Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan Sarawak pada 19 September 1990. Taman Rekreasi Ranchan merupakan kawasan perkelahan yang terdekat dengan Balai Ringin. Dari Balai Ringin, jarak  menuju ke taman rekreasi ini hanya sejauh 27 km. 

Di Ranchan, rumah tumpangan disediakan untuk pengunjung- pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di sini.  Selain rumah tumpangan, jambatan gantung juga menjadi  tarikan pengunjung ke Taman Rekreasi Ranchan. 

Sebagai faktor keselamatan, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dibenarkan di Taman Air Terjun Ranchan iaitu berkhemah, bermalam, merentas desa, mengambil gambar, beriadah dan membuat penyelidikan.  Pengunjung- pengunjung yang datang ke sini pasti akan tersenyum puas setelah pulang dari taman ini.

Sumber: Kampung Balai Ringin
                 Projek USP 5 Peroustakaan Desa





Wednesday, 1 June 2011

Gua Pari

Gua Pari @ Fairy cave, Bau, Kuching

Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur dan terletak di kawasan Krokong Bau. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki beberapa anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi. Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'.



Leganda Gua Pari - pari (Mitos)


Mengikut Cerita penduduk kampung Krokong, Bau, gua ini memang mempunyai ceritanya yang tersendiri yang di warisi turun temurun. Namun tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa cerita ini adalah benar mahupun tidak. Namun cerita ini merupakan lagenda atau mitos kepada gua ini. Katanya berdekatan gua ini terdapat penempatan manusia zaman dahulu. Namun penduduk di kawasan ini amat kejam dan menyiksa kanak kanak kecil terutamanya anak yatim piatu yang tiada penjaganya.

Maka, kononya terdapat pari -pari yang menghuni gua ini tidak tahan dengan kezaliman manusia di kawsan tersebut, lalui di sumpahnya manusia yang mendiami gua dan kawasannya menjadi batu. Sebab itulah banyak antara batu -batu yang terdapat di kawasan gua ini menyerupai manusia. Kononya mereka ini adalah manusia yang kejam2 pada zaman dahulu yang telah menjadi batu.

Sebab itu ramai di kalangan pengunjung gua ini terutamanya orang -orang cina selalu bersembahyang di  gua ini. Ini dapat di buktikan dengan penemuan colok - colok dan juga patung kecil Buddha yang terdapat di tepi - tepi batu dan juga atas batu utuk melakukan pemujaan.

Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu.
Tangga ini digunakan untuk masuk ke dalam gua. Ini kerana mulut masuk ke gua terletak di tengah tengah bukit batu gtersebut.

Kampung Budaya Sarawak

Kenali Keunikan Etnik Sarawak Di Kampung Budaya Sarawak

by Ashraf Abd Manaf | 12 Feb 2011 | in Gaya Hidup, JALAN-JALAN,


Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.

Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut.
http://alisarawak.blogspot.com/

Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.

Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.



"Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.

"Apatah lagi saya diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.

"Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.



"Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa," ujar salah seorang pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, anak-anaknya cukup teruja kerana berpeluang memasuki rumah kaum Melanau yang sangat tinggi serta kaum Bidayuh yang berbentuk bulat.


Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.

"Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," tambahnya.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak.

Di ambil dari sumber http://gua.com.my/ oleh Ashraf Abd Manaf.