Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Tuesday, 31 May 2011

Kuching


Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.
Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia [1]. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2009 dianggarkan sekitar 794 517 orang.
Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.

[2]

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Sejarah

Kuching mula dibuka pada awal kurun ke-17. Sebelum itu, Kuching merupakan sebuah wilayah ufti bagi kerajaan Majapahit yang ditadbir oleh Temagi di Temasik. Nama asal bagi Kuching ialah Sarawak, seperti yang diceritakan melalui beberapa versi, perkataan Sarawak itu bererti Serah awak, yang mengikut hikayatnya semasa Awang Alak Betatar mendapatkan wilayah ini ia terbahagi kepada 5 bahagian ufti yang menganjur dari Lidah Tanah sehingga ke wilayah Kalaka sekarang. Konsep serah yang diamalkan oleh kerajaan Hujung Tanah di Temasik itulah yang memberi nama baru kepada wilayah 5 serangkai itu tadi menjadi Sarawak. Versi lain ialah apabila Pengiran Muda Hashim dari Brunei menyerahkan wilayah-wilayah yang lima itu tadi kepada James Brooke yang melekatkan nama wilayah-wilayah itu menjadi Sarawak. Ada pula versi menyatakan bahawa perkataan Kuching berasal daripada pokok buah mata kucing yang tumbuh melata di Bukit Mata Kucing (Lokasi sekarang Taman Permata/Kereta dan Wisma Hasil) dimana terdapat sebatang sungai kecil mengalir (Sungai Kuching) ke sungai Sarawak. Kini, sungai tersebut telah mengecil dan tertimbus akibat arus pembangunan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Akibat daripada pengaruh Islam yang berkembang pada kurun ke-15 dan 16 di wilayah-wilayah Majapahit, Kuching mula menerima pengaruh Islam yang disampaikan sendiri oleh beberapa pendakwah dari negara rantau Teluk yang singgah bersama-sama pedagang-pedagang Arab. Penduduk asal Kuching ialah masyarakat Bidayuh ataupun lebih dikenali sebagai masyarakat Dayak Darat dan Orang-orang Saribas yang mendiami dan mengawal kawasan-kawasan lembah di sekitar Sungai Sarawak dan Sadong di Samarahan serta masyarakat Melayu yang menjadi patron kepada dua masyarakat itu tadi.
Perkembangan yang berlaku pada abad ke-19 megubah wajah Kuching yang mengambil alih peranan Lidah Tanah sebgai pusat pentadbiran. Kuching diperintah secara langsung oleh wakil Sultan Brunei sebelum kedatangan Brooke.

[sunting] Senarai kawasan di Bandaraya Kuching

[sunting] Kuching Utara

[sunting] Kuching Selatan

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan


Bukut & Gunung

Pelancongan di Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.
Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.
Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak. Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin, dan Gua Pari, Taman Ranchan, Sungai Cina, Taman Kubah, Taman Hidupan Liar Matang, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.
Pusat membeli belah yang popular adalah Lebuh India dan Lebuh Carpenterdan Lebuh Gambier yang terletak tidak jauh dari Tebingan Sungai Kuching. Selain daripada itu terdapat juga pusat-pusat kraftangan termasuk Kraftangan Sarawak.
Bandaraya Kuching juga mempunyai beberapa jenis muzium seperti Muzium Sarawak, Muzium Tamadun Islam, Muzium Masyarakat Cina, Muzium Masyarakat Iban, Muzium Tekstil dan Muzium Kucing.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Bukit & Gunung

[sunting] Taman Negara

[sunting] Pantai

[sunting] Sungai

Gua Angin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau, di Bahagian Kuching, Sarawak, bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak-Indonesia.

Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.

Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.

Terdapat beberapa pintu masuk utama di Gua Angin, walau bagaimanapun salah satu laluan di sebelah selatan gua, iaitu bersebelahan dengan Sungai Sarawak ditutup buat masa ini kerana batu penyokong jambatan kayu yang merentasi gua telah runtuh dan merosakkan struktur jambatan tersebut.

Bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang lain di dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Bentuknya bermacam, malah ada yang menyerupai seperti kepala buaya dan juga rangka buaya!

Di luar Gua Angin, terdapat juga pondok Baruk bagi tempat pelancong berehat. Pelancong juga boleh mandi di Sungai Sarawak yang berhampiran gua. Airnya agak deras tetapi cetek dan selamat untuk mandi. Terdapat kemudahan bilik bersalin untuk mereka yang mandi di Sungai Sarawak, tandas, dan gerai makanan dan minuman berhampiran situ.

Dari http://ms.wikipedia.org/wiki/perlancongan di sarawak

Monday, 30 May 2011

Pelancongan di Sarawak

Pemilihan Lembaga Amanah Wikimedia telah bermula. Sila mengundi.
[Singkir]
[Bantulah kami menterjemah!]

Pelancongan di Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal sebagai rumah kepada beribu-ribu Burung Kenyalang.
Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan negeri yang terbahagi kepada terbanyak kawasan dan mengandungi sungai terpanjang di Malaysia, bunga yang terbesar di dunia, serta rama-rama yang terbesar di dunia. Gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua, dan orang yang pertama muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini telah menunjukkan Sarawak yang unik dan tersendiri.
Kawasan pelancongan di Sarawak terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya seperti Kampung Budaya Sarawak .Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luarnegara yang terletak di bahagian Kuching termasuklah Gua Angin, dan Gua Pari, Taman Ranchan, Sungai Cina, Taman Kubah, Taman Hidupan Liar Matang, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.
Pusat membeli belah yang popular adalah Lebuh India dan Lebuh Carpenterdan Lebuh Gambier yang terletak tidak jauh dari Tebingan Sungai Kuching. Selain daripada itu terdapat juga pusat-pusat kraftangan termasuk Kraftangan Sarawak.
Bandaraya Kuching juga mempunyai beberapa jenis muzium seperti Muzium Sarawak,
 Muzium Tamadun islam, Muzium Masyarakat Cina, Muzium Masyarakat Iban, Muzium Tekstil dan Muzium Kucing.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Bukit & Gunung

[sunting] Taman Negara

[sunting] Pantai

[sunting] Sungai

Sejarah Sarawak


Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-
  • Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.
  • Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting] Sejarah purba

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

[sunting] Kurun-10 hingga kurun 19

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. [perlu rujukan] Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15[perlu rujukan] . Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

[sunting] Penglibatan Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.
Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.
Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.
Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah
yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.
Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.
Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

[sunting] Sejarah moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II Sarawak pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. [1]
Anti- Cession Sarawak
Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia pada antara 1962 dan 1966.[2] Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Kerajaan Malaya.

[sunting] Rujukan

Sunday, 29 May 2011

Ikan Terubuk



Emmmm....sedap ni..yg sebelah tu telur ikan terubuk

Wednesday, 25 May 2011

home

Salam...hari ini baru sy ada kesempatan utk buat blog sy sendiri...byk lgi ni nk kena sy buat.
Banyak benda yg sy buat dlm blog ni tak menjadi...
sy letak ape yg ada dulu...
Salam...buat masa trdekat ni sy akn letak sejarah sarawak dan pelancongan di sarawak.Cuma buat masa ni keadaan blum mengizinkan...insaallah dlm masa terdekat ni sy akan siarkn.

salam...sejarah sarawak dah di siarkn,cuma blum di edit lgi,sama juga dgn pelancongan di sarawak...blum di edit habis lgi,mkin ada yg klik...yg kuar geng 404..harap maaf ye...blum ada kesempatan lgi,insaallah sy akn siapkan dlm masa terdekat ni....byk lgi nk sy siarkan ni...hehehe(gelojoh nampak)...hehehehe...

Sy ada letak'mari belajar bahasa melayu srwk'klu nk bljr tu..cba2lh..senang je....