Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Tuesday, 21 June 2011

Taman Negara Lambir


LHNP
foto:superpages.com.my
Lambir Hills National Park (Taman Negara Gunung Lambir)
foto:superpages.com.my

Taman Negara Bukit Lambir


Bukit Lambir sangat popular di kalangan ahli ekologi dan para penyelidik. Taman negara ini mempunyai keluasan 7,000 hektar dan kawsan seluas 52 hektar mengandungi 1,050 spesis pokok dan setiap pokok menampung 1,000 spesis serangga!

LHNP
foto:superpages.com.my

Ahli ekologi berpendapat bahawa terdapat banyak lagi spesis tumbuhan dan serangga di taman negara ini yang masih belum dikenalpasti. Taman negara yang menakjubkan ini adalah taman yang paling senang di kunjungi di Sarawak di mana ianya hanya 30 minit perjalanan dari Miri.


Dalam keghairahan anda untuk melawat Mulu atau Niah anda tidak harus melepaskan peluang melawat Lambir. Hutan Lambir menjadi tempat tinggal pelbagai jenis haiwan termasuk ungka, kera hantu, babi hutan, tupai terbang, rusa, 157 jenis burung dan harimau dahan yang cantik.


Anda akan melihat hidupan liar sambil anda meneroka laluan-laluan trek hutan di taman negara ini. Laluan trek hutan ini merupakan yang terpanjang dan paling lasak menuju ke puncak Bukit Lambir (465 meter), namun pemandangan hebat hutan hujan di bawahnya membuatkan pendakian ini sangat berbaloi.


Di sini terdapat sebuah menara pokok setinggi 40m di mana anda boleh melihat nadi kehidupan di dalam hutan secara dekat. Taman ini juga adalah sesuai untuk aktiviti memerhati burung.

LHNP
foto:superpages.com.my

Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Miri membuatkan taman negara ini destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari tetapi jika anda ingin memerhati hidupan liar mengikut kesenangan anda, tempat penginapan boleh ditempah di ibu pejabat taman.


Tips:


Bawa bersama pakaian mandi anda kerana taman ini mempunyai kolam tempat berenang di kaki air terjun yang hebat dan mudah dikunjungi. Ia adalah cara terbaik untuk menyegarkan diri anda di dalam hutan yang mempunyai cuaca panas lembap.

View
foto:superpages.com.my

Top
Pengangkutan:
Kereta


Taman ini terletak hanya setengah jam dari Miri dan mudah untuk ke sini. Ibu pejabat taman ini terletak berhampiran jalan Miri-Niah. Anda hanya perlu menaiki bas ke Bintulu atau Bakong di Miri. Anda juga mungkin memilih untuk menyertai lawatan berpandu yang bertolak dari Miri pada waktu awal pagi dan kembali selepas tengahari. Penginapan semalaman juga boleh diatur jika anda mahu. Anda juga boleh menyewa teksi untuk membawa anda ke sana.


Top
Talian Untuk Dihubungi:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my


Top
Penginapan


Terdapat sebuah rumah rehat di taman negara ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk bermalam di bandar Miri yang menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan hanya 45 minit dari taman negara tersebut.
 
sumber:http://www.nusantaraku.org/

Friday, 10 June 2011

Taman Negara Similajau

Pengenalan

Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Selepas seharian penat bekerja atau mungkin untuk melarikan diri sementara dari kesibukan kota pada hujung minggu, adalah lebih baik untuk mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dan melepaskan tekanan. Satu daripadanya adalah dengan mengunjungi Taman Negara Similajau di Bintulu.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Taman ini menjanjikan satu kelainan dan keunikannya bukan sahaja dari segi kemudahan yang ditawarkan malahan menyimpan banyak khazanah alam semulajadi yang amat berharga yang boleh diterokai oleh pengunjung-pengunjungnya.Taman yang diuruskan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC)itu telah diwartakan pada 1 Disember 1976.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Keluasan taman itu merangkumi 7,064 hektar di garisan pantai (kawasan darat) termasuk 1,932 hektar kawasan laut dan sebahagian daripada kawasan pemeliharaan untuk pelbagai spesies hidupan liar dan spesies pokok hutan. Taman yang terletak 30 kilometer Timur Laut bandar Bintulu itu merupakan destinasi sangat popular pada hujung minggu.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

"Berbanding dengan taman-taman lain di Sarawak, Taman Negara Similajau cukup unik dan menarik, memandangkan taman ini berdekatan dengan bandar, malahan untuk sampai ke taman ini dari bandar Bintulu hanya memakan masa 30 minit sahaja dengan memandu kenderaan," kata Pengurus Wilayah SFC Bintulu, Mohamad Jirin Anis.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/


Sambil menjelaskan kedudukkan taman ini sebagai satu kelebihan katanya, "kedudukkannya yang dekat dan lokasinya yang terletak 30 kilometer di Timur Laut bandar Bintulu akan memudahkan ramai pengunjung mengunjungi taman ini khususnya penduduk tempatan."


"Sasaran kita adalah untuk melihat ramai penduduk tempatan datang ke sini serta menikmati khazanah alam berharga yang ditawarkan taman ini," tambahnya semasa ditemubual.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Bagi menjelaskan mengenai maksud keunikan dan kelainan yang ditawarkan di Taman Negara Similajau, Mohammad Jirin berkata,


terdapat tiga khazanah hutan utama dan paling berharga di taman itu antaranya adalah hutan pantai, hutan kerangas, hutan  Mixed Dipterocarp' serta hutan paya bakau.


`


Similajau National Park
foto:http://www.flickr.com/

"Manakala hidupan liar yang terdapat di taman ini pula adalah ikan lumba-lumba, penyu, buaya air masin yang terdapat di Sungai Likau dan belangkas," katanya.

Khazanah hutan berharga yang terdapat di Taman Negara Similajau adalah menakjubkan kerana ia merupakan hutan istimewa


yang ditumbuhi pelbagai spesies pokok dan tumbuhan serta kewujudan batu-batu besar di samping pokok-pokok rhu yang


tumbuh di kawasan sepanjang pantai Similajau serta pokok paya bakau yang boleh ditemui berdekatan dengan Sungai Sebubong.


Similajau National Park
foto:http://www.flickr.com/Hutan `mixed dipterocarp' pula merupakan hutan yang memiliki pokok-pokok besar yang bersimbolkan hutan hujan tropika.





Terdapat 24 spesies hidupan liar dan 185 spesies burung di rekodkan terdapat kawasan taman ini, manakala buaya air masin


yang mendiami habitat di muara sungai memakan haiwan-haiwan kecil seperti ikan, biawak dan sebagainya.


Apa yang paling unik adalah spesies Belangkas serta penyu hijau yang datang ke pantai Similajau Golden Beach untuk


bertelur dan ikan lumba-lumba yang mungkin boleh ditemui berenang berdekatan dengan kawasan pantai di taman itu.
















foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/
Kemudahan:


Dengan pelbagai khazanah alam yang terdapat di taman ini katanya, pihak taman tidak akan mengabaikan aspek penyediaan


kemudahan untuk para pengunjung menikmati keindahan-keindahan alam semulajadi itu antaranya adalah laluan untuk


treking dan papan pejalan kaki menuju ke sembilan jejak di taman ini.













foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

"Jejak utama adalah jejak ke Golden Beach, Turtle Beach I & II, Batu Anchau, Sebubong Pool, Circular Trail dan


Education Trail (untuk pendidikan semulajadi pengunjung dan pelajar)," kata Mohamad Jirin sambil menjelaskan untuk


sampai ke Golden Beach memakan masa empat jam dengan berjalan kaki dan sejam dengan menggunakan pengangkutan bot.


"Apa yang menariknya tentang Golden Beach ialah pantai kelihatan macam emas. Ini merupakan satu produk yang


unik dan menarik kerana pasir-pasir di kawasan taman ini kelihatan macam emas," katanya.











foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

Menceritakan lebih lanjut mengenai kawasan Turtle Beach pula katanya, ia merupakan pantai bagi penyu-penyu bertelur


pada musim di antara April hingga September tetapi dalam jumlah yang kecil berbanding di pantai Taman Negara


Talang Satang (Bahagian Kuching) yang mana penyunya bertelur banyak.


"Namun ia merupakan kawasan pemuliharaan khas untuk penyu di taman ini, bagaimanapun kita berharap dan merancang


untuk mendapatkan lebih banyak tempat bagi projek pemuliharaan penyu di Bintulu untuk tahun ini," jelasnya.











foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

Katanya, kemudahan yang paling menarik disediakan oleh pihak taman adalah pelayaran atau ronda-ronda sungai dengan


bot di sepanjang Sungai Likau dan pantai di taman atau menuju ke Batu Mandi di hadapan taman yang memberi pilihan


kepada pelawat untuk menikmati keindahan persekitaran dan laut di Taman Negara Similajau.


Selain itu katanya, tempat penginapan untuk bermalam serta berehat turut disediakan untuk mereka yang mengunjungi taman ini.


Antara kemudahan penginapan yang disediakan ialah Rumah Rehat Kenamaan (VIP), Pandu Masuk Chalet (Drive In Chalet),


Hostel atau Asrama 18 bilik, tapak perkhemahan untuk yang mahu bermalam dan mendirikan khemah di kawasan taman,
tempat mandi awam, tempat berbeku dan pondok rehat.


"Kita mempunyai banyak chalet yang kini masih dinaik-taraf. Kemudahan chalet itu belum dibuka untuk tempahan bagi penginapan pengunjung buat masa ini disebabkan masih dalam pembinaan," katanya sambil menambah kerja-kerja menaik taraf itu dijangka siap pada April 2010.


Beliau berkata, enam chalet baru yang dalam pembinaan semula serta dinaik-taraf apabila siap kelak diharap akan memberikan kemudahan penginapan yang selesa dan baik untuk pelawat.


Dalam perkembangan lain katanya, setakat ini tumpuan akan diberikan kepada pelawat-pelawat yang mahu menikmati aktiviti lasak seperti treking dan sebagainya di kawasan taman.


Kesan Krisis Ekonomi:


Mengenai kesan krisis ekonomi global katanya, "Ia tidak begitu menjejaskan potensi taman ini sebagai tempat eko pelancongan


menarik memandangkan produk yang ditawarkan masih ada di situ dan kita juga tidak terlalu bergantung kepada kehadiran pelancong asing".



foto:http://mstar.com.my/
 "Operasi taman ini sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi juga masih diteruskan. Namun harapan kita adalah agar lebih



ramai pelancong domestik datang ke taman ini pada tahun ini dengan sasaran kita adalah kunjungan sekitar 80 peratus


pelancong domestik khususnya selepas kemudahan taman dipertingkatkan kerana taman ini menjanjikan tempat berekreasi


pada hujung minggu dan tempat yang sunyi bagi merehatkan minda dari kesibukan kota," katanya.





foto:http://mstar.com.my/
 Begitupun katanya, sekiranya ramai pelancong asing datang ke taman ini, ia adalah sesuatu yang amat baik.



"Kita sebenarnya masih ada pelawat," katanya sambil menambah pelancong asing yang datang ke taman ini selalunya membuat

penyelidikan terhadap sumber asli dan melihat pelbagai spesies burung, manakala pelancong tempatan pula lebih tertumpu


kepada rekreasi, menyaksikan matahari terbenam di waktu senja, berbeku, berjalan-jalan di pantai, melakukan aktiviti trip pendidikan dan sebagainya.


Kehadiran Pelawat:


Mohamad Jirin berkata, setakat tahun 2008 lepas, kehadiran pelancong asing adalah seramai 1,700 ke Taman Negara Similajau


yang kebanyakannya membuat penyelidikan dan menikmati keindahan alam semulajadi.



foto:http://mstar.com.my/
 "Dan dengan pelaksanaan projek Koridor Tenaga Boleh DiPerbaharui Sarawak (Score), maka peluang kita adalah untuk mendapat lebih ramai pelawat datang ke taman terutamanya warganegara asing yang bekerja dalam Score."


"Taman ini menyediakan kemudahan rekreasi untuk mereka berehat selepas sepanjang hari bekerja malahan terletak


berdekatan di antara sempadan Score, justeru kita akan berusaha untuk meningkatkan produk-produk baru yang diperlukanoleh pelawat ini," katanya.


Selain itu katanya, sejajar dengan kewujudan Score maka pihaknya juga akan memperkenalkan lebih banyak produk-produk baru untuk pelawat di taman itu.


Bagaimanapun katanya, "Kita berharap penduduk di Bintulu mengambil peluang ini untuk datang beramai-ramai mengunjungi dan


menikmati keindahan taman ini terutama yang ingin menginap, beriadah bersama keluarga dan teman-teman".


Sementara itu, masa yang paling sesuai dan baik untuk melawat Taman Negara Similajau adalah pada musim kering antara


Februari hingga Oktober apabila garisan pantai kelihatan begitu menarik dengan air lautnya kehijauan bercahaya
yang mana baik untuk mandi-manda dan berenang.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hutan
(National Park/Wildlife)
Bahagian Bintulu
97008 Bintulu
Tel: (60)86-336101 Fax : (60)86-331923
web:http://www.sarawak.forestry.gov.my


 
 
sumber:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/
foto:http://www.flickr.com/
foto:http://mstar.com.my/

Taman Negara Gunung Gading



Taman Negara Gunung Gading merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di daerah Lundu. Hal ini kerana, Taman Negara Gunung Gading mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu Bunga Rafflesia; bunga terbesar di dunia. Selain itu, Taman Negara Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang.



Terdapat 17 spesies bunga Rafflesia dan ada segelintirnya telah diancam kepupusan. Tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu; ‘Rafflesia Pricei’ , ‘Rafflesia Arnoldi’ dan ‘Rafflesia Tuan-Mudae”. Cuma satu spesies bunga Rafflesia sahaja yang dijumpai di Taman Negara Gunung Gading iaitu ‘Rafflesia Tuan-Mudae’.







 Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 untuk memberi kawasan pemuliharaan untuk melindungi bunga Rafflesia yang hampir pupus. Pada tahun 1994, Taman Negara Gunung Gading telah dibuka kepada orang awam supaya pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia. Selain daripada itu, Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain seperti air terjun, laluan pejalan kaki, beberapa tempat mandi-manda serta pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi. Taman Negara ini juga merupakan habitat semulajadi bagi beberapa flora dan fauna.


Disebabkan kawasannya yang strategik menjadikan Taman Negara Gunung Gading sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah. Di samping pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga Rafflesia dengan mata sendiri, pengunjung juga dapat berkelah bersama kaum keluarga di sepanjang laluan air terjun yang menjanjikan panorama yang indah disertakan dengan kedinginan air gunung yang belum tercemar.


Taman Negara Niah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari







Gua Niah

Tengkorak Gua Niah.
Gua Niah terletak di pedalaman bandar Miri , Sarawak, Malaysia.


[sunting] KeistimewaanGua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.


Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya.
 Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.



Tengkorak Gua Niah

[sunting] Taman Negara Gua NiahGua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong.

 Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara.

 Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.


Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
 
Kajian Tom Harrison 1958

Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah
Barbara Harrison, memegang tengkorak di Gua NiahPada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison.
 Tom ialah kurator Muzium Sarawak .
Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi.
Beliau telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun.
 Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara.
 Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu.
 Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.


Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.


Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu)
 Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.



Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah
 
Laluan ke Taman Negara NiahTaman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu.
 Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).




Barbara Harrison, memegang tengkorak di Gua Niah

Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu.
 Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu.
 Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.


[sunting] Kemudahan di Gua NiahTaman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
 Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

sumber:http://ms.wikipedia.org/

Taman Negara Mulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari


Mulu National Park
gambar:http://www.cuti.com.my/

Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.

                                                                   








gambar:http://jos010.blogspot.com


Taman Negara Mulu merupakan
salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan
vaskular

Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai.

Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter.

Mulu National Park
gambar:http://www.cuti.com.my/

 Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar and burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui


Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sessuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.










gambar:http://jos010.blogspot.com

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu
dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

sumber:http://wikipedia.org/

Taman Negara Kubah

lokasi1

PELANCONGAN


Taman Negara Kubah

Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan beberapa minit perjalanan dari Kampung Matang, Taman Negara Kubah yang memiliki hutan semula jadi merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar.

Sebahagian besar taman ini diliputi dataran tinggi batu pasir termasuklah Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok.


Dengan ketinggian antara 150 hingga 450 meter, dataran ini diselang-selikan dengan terbentuknya batu kapur yang sudah menjadi keras dan deruan air terjun yang jernih dan mampu menggamit kedatangan pengunjung.


Kawasan ini meliputi hutan lanar, hutan campuran bertanah rendah (dipterocarp), hutan kerangas (kesihatan), hutan ‘submont’ dan hutan sekunder.


Lokasi taman yang berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakau serta ciri-ciri semula jadi lain menjadikan Kubah sebagai kawasan hidupan liar seperti babi hutan, Kenyalang, pelanduk, tupai dan pelbagai jenis amfibia serta reptilia.


Taman Negara Kubah juga menjadi tempat melatih Orang Utan yang tidak mempunyai ibu bapa tentang cara hidup berdikari di dalam hutan.


Apabila berada di sini, pengunjung dapat melihat banyak Orang Utan terutama ketika haiwan-haiwan ini diberi makan selain berkesempatan melihat beruang Madu, rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang menempatkan helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.


Di sini, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rentas hutan dengan melalui empat trek yang disediakan.


Jika melalui trailPitcher, ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam manakala trail sungai Rayu memerlukan

masa kira-kira tiga hingga empat jam.


Sekiranya melalui trail sungai Senduk, masa yang diperlukan untuk merentas hutan biasanya lebih kurang satu jam dan tambahan sejam lagi jika melalui trail sungai Buluh.


Kemudahan penginapan seperti khemah dan chalet yang dilengkapi katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi, elektrik serta tempat meletak kereta dan kantin juga disediakan di taman negara ini


Bagi pengunjung luar yang ingin melihat gelagat pelbagai jenis haiwan dan menikmati alam semula jadi di Taman Negara Kubah disarankan menyewa kereta atau pun menaiki teksi kerana masa perjalanan bagi pengangkutan awam di sini agak terhad.


Dari pusat bandar raya Kuching, perjalanan menuju ke sini lazimnya mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam bergantung kepada keadaan jalan raya.


Dari pusat bandar, pengunjung perlu memandu ke Jalan Satok dan merentasi jambatan (jalan raya) yang menjadi laluan utama bagi menghubungkan penduduk kawasan utara (seberang sungai) dan selatan, Kuching.


Sampai sahaja di simpang bulatan simpang empat, pengunjung perlu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Matang.


Dari sini, perjalanan perlu diteruskan kira-kira setengah jam dengan melalui jalan utama Matang sebelum sampai ke Taman Negara Kubah. (KK6: 21 Julai 2010 – Oleh: Noraini Mahyan)


dari sumber:
Perpustakaan Desa Kampung Matang Batu 10 93050 Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang.

Taman Negara Batang Ai

Pelancongan Ekologi, Perkataan Popular Di Batang Ai

Oleh Caroline Jackson

LUBOK ANTU, 1 April (Bernama) -- Malahan sebelum pelancongan berasaskan ekologi atau eko-pelancongan menjadi perkataan popular, penduduk di Batang Ai sudahpun terdedah kepada dunia luar hasil daripada tradisi Iban 'bejalai' atau pergi mengembara.


Berikutan pembinaan empangan hidro elektrik pertama di Sarawak iaitu di Batang Ai, yang siap pada 1985, kawasan itu yang sebelumnya terpencil kini sudah dihubungkan dengan jalan raya dari jetinya, hingga ke persimpangan lebuh raya Pan Borneo dan seluruh negeri ini.


Tasik buatan manusia yang sungguh mengagumkan itu, merentasi lembah antara Engkari dan Ai, dan Taman Negara Batang Ai, yang menjadi tempat tinggal Orang Utan dan kira-kira dua jam perjalanan dengan bot, adalah sebahagian daripada kompleks empangan hidro elektrik itu.


Dengan pusat peranginan Hilton Batang Ai Longhouse Resort di pantainya, penduduk di kawasan sekelilingnya turut mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi yang dibawa oleh industri hospitaliti, serta promosi produk pelancongan berasaskan kebudayaan, pengembaraan dan alam semulajadi (CAN).


Pengurus Pelanggan/Aktiviti Hilton Batang Ai Longhouse Resort Christopher Kiding berkata penduduk setempat dibabitkan dalam usahasama berdasarkan perkongsian keuntungan dalam membawa pelanggan hotel ke rumah panjang Iban di kawasan itu, selain diambil bekerja sebagai kakitangan hotel.


"Lawatan ke rumah panjang adalah paling popular di kalangan pelancong Eropah yang gemarkan alam semulajadi, yang biasanya akan melawat rumah panjang Mengkak, kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot, dan kemudiannya pergi ke hulu sungai untuk melawat rumah panjang Nanga Sumpa yang terletak di hujung taman negara," katanya kepada Bernama semasa lawatan ke pusat peranginan itu.


Baru-baru ini, pusat peranginan itu menerima anugerah 'Sarawak Hornbill Tourism Appreciation Awards 2008' bagi sumbangan cemerlang terhadap pelancongan bagi kategori hotel harga pertengahan terbaik.


Untuk ke pusat perangingan itu, pelawat boleh menggunakan bot yang memakan masa 20 minit perjalanan dari jeti empangan itu atau kira-kira empat jam perjalanan mengikut jalan darat atau 275km dari ibu negeri, Kuching.


Terletak di kawasan seluas 70 hektar, Kiding berkata lawatan termasuk 45 minit menyusuri Nature Trail atau lima jam bagi Smugglers' Trail, diberi nama sempena urus niaga sistem tukaran barang di sepanjang Sarawak-Kalimantan, Indonesia, untuk meninjau hidupan liar seperti burung kenyalang, babi hutan, tenggilin atau malahan Orang Utan.


Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, pusat peranginan 98 bilik itu merekodkan purata penginapan 40 peratus, terutamanya pada musim puncak antara Mei dan Oktober, dengan pelanggan, kebanyakannya dari Scandinavia, Amerika Syarikat, Jerman, Singapura dan Malaysia.


Jeti empangan Batang Ai terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bazar sempadan Lubok Antu, pusat pentadbiran daerah, yang begitu sibuk menjelang pilihan raya kecil kerusi Batang Ai pada Selasa ini.
sumber:http://www.bernama.com/-- BERNAMA




Image
 
Taman Negara Batang Ai yang diwartakan pada tahun 1991, ialah tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan liar.



Ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahanan air bagi sebuah tasik buatan yang membentuk empangan hidroelektrik Batang Ai.


Tasik ini merangkumi kawasan Lembah Engkari dan Lembah Ai di mana permandangannya yang indah melengkapkan suasana tenteram dan aman di sini.


Oleh kerana kemudahan di kawasan taman negara ini adalah terhad, cara terbaik untuk menikmati kawasan ini ialah dengan mengambil bahagian dalam lawatan ke rumah panjang.


Anda berpeluang bertemu dengan kaum Iban dan mempelajari cara hidup mereka di rumah panjang.


Saksikan juga kaum Iban berinteraksi dengan alam semulajadi dalam hidup seharian mereka tanpa mencemar atau memusnahkannya.


Tips:


Lawatan ke rumah panjang merupakan pengalaman yang sungguh menarik, terutamanya masyarakat Iban yang terkenal dengan keramahan mereka.


Pengangkutan:

Kereta, Van

Taman Negara Batang Ai terletak hanya beberapa jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Sekiranya lawatan anda telah dirancang bersama dengan pengusaha pelancongan, maka kemudahan pengangkutan akan dimasukkan di dalam pakej lawatan tersebut.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my

Penginapan


Selain dari resort bertaraf 5-bintang yang terdapat di taman negara ini, pengendali pelancongan anda juga boleh mengaturkan penginapan di rumah panjang Iban yang berdekatan.

sumber:http://www.kurauking.com/

Thursday, 9 June 2011

Taman Negara Bako

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari


gambar:http://travelog-aiesha.blogspot.com/

Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.


Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.


Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam.


Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.


Terminal Taman Negara BakoUntuk keselesaan pengunjung, Terminal Taman Negara Bako dibuka dengan rasminya pada 3 September 2007 sebagai tempat mendaftar, menginsuranskan, memberikan taklimat keselamatan dan menyediakan pelbagai peralatan keselamatan kepada pengunjung.


Terminal bernilai RM1.38 juta itu mula dibina 2005 dan mempunyai ruang menyambut tetamu, kedai cenderamata, kafeteria, ruang menunggu, tempat letak kenderaan dan tandas awam.

sumber:wikipedia.org.com

YouTube - Taman Negara Bako tertua di Sarawak

http://www.youtube.com/watch?v=GzhILlvSLgo

Bukit Mas

Bukit Mas terletak berhampiran dengan Muzium Wilayah Limbang tempat ini merupakan tempat menarik untuk dukunjungi.

 Bukit Mas adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga ,rakan-rakan mahupun bersendirian.

Tempat ini mempunyai pemandangan sejuk mata memandang.

 Terdapat trek menaiki puncak Bukit Mas.

 Biasanya sempena Hari Bukit Mas pertandingan naik ke puncak Bukit Mas akan diadakan!

sumber:wikipedia.org.com

Gunung Sejinjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari



Gunung Sejinjang amat sinonim dengan cerita legenda Puteri Santubong. Ia terletak berdekatan muara sungai Sarawak dan kedudukannya bertentangan dengan gunung Santubong.


Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

sumber:wikipedia.org.com

KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH

[b][u]KISAH PUTERI SANTUBONG & PUTERI SEJINJANG DARI SEGI SUDUT SEJARAH[/u][/b]

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.


Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.


Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.


Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".


Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.


Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.

sumber:http://eforum.cari.com.my/

Gunung Santubong




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari



Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.






Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.

sumber:wikipedia.org.com

Gunung Buri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari



Gunung Buri merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Gunung Buri mempunyai ketinggian setinggi 745 meter.


Gunung Buri mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.

sumber:wikipedia.org.com

Gunung Ampungara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari


Gunung Ampungara merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Gunung Ampungara mempunyai ketinggian setinggi meter.


Gunung Ampungara mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.

sumber:wikipedia.org.com