Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Friday, 23 December 2011

Bendera Negeri Sarawak

Negeri Sarawak pernah memiliki beberapa bentuk bendera.  Pada bulan September 1841, James Brooke menerima pakai Bendera St. George,  palang merah di atas latar yang berwarna putih dalam bentuk bendera ekor burung layang-layang.  Pada tahun 1845, James Brooke bersetuju untuk memberi Sarawak benderanya sendiri.  Bendera tersebut mempunyai palang merah yang separuhnya berwarna ungu dan separuhnya berwarna merah daripada lambang kebangsawanannya di atas latar yang berwarna kuning. Warna kuning ini ialah warna diraja di Borneo.

Apabila negeri Sarawak menjadi Koloni British pada tahun 1946, benderanya ditukar tiga kali. Pemerintah British juga mengibarkan bendera Union Jack. Negeri Sarawak terus menggunakan bendera lama Sarawak, yang mempunyai salib dan mahkota di tengah-tengahnya sehingga ditukar oleh Ketua Menteri Sarawak, Tun Haji Abdul RahmanYakub dalam tahun 1973.

Apabila Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memegang tampuk kuasa, negeri Sarawak mendapat bendera yang baharu yang mulai dikibarkan di Stadium Negeri pada 31 Ogos 1988 bersempena dengan sambutan Jubli Perak Sarawak merdeka dalam Malaysia.



Warna merah melambangkan keberanian, keazaman dan pengorbanan rakyat dalam usaha mereka mewujudkan negeri Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan, perpaduan dan kestabilan dalam kepelbagaian. Warna hitam menggambarkan khazanah kekayaan sumber asli negeri Sarawak seperti petroleum dan kayu balak. Bintang berwarna kuning dan berbucu sembilan melambangkan sembilan bahagian pentadbiran yang diwujudkan pada masa itu. Bintang ini juga melambangkan aspirasi rakyat negeri Sarawak dalam perjuangan mereka menambah baik kualiti kehidupan mereka.

sumber:
www.sarawak.gov.my

Wednesday, 21 December 2011

Wang polimer RM5 ada lambang burung Kenyalang



Wang polimer RM5
Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

sumber:

Wednesday, 17 August 2011

balik kampung

Salam....dah lama sngt sy x edit blog sy...nk kata sibuk xlah sibuk...hehehehe...sy nk kongsi cite..25.8.2011 ni sy berkesempatan untuk beraya di kg halaman sy...Kg Moyan Laut Samarahan Sarawak.lama sngat xblik.niat sy blik ni,klu di izinkn...nk kongsi penggalaman beraya kat kg sy...cara org melayu sarawak beraya,suasana beraya,bnyk perbezaanye.ape2 jelah yg bleh sy kongsikan.


24.12.2011 jam1335.
Salam...di sini tidak dapatlh saya menunaikan janji sy,utk
berkongsi suasana berhari raya di kg halaman sy atas sebab yg tidak dapat di elakkan.Insaallah,klu di panjangkan umur,raya akn dtg sy akn kongsikn.

Sunday, 31 July 2011

selamat berpuasa

selamat berpuasa kepada rakan-rakan semua.semoga pada tahun ini,kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat kita.macam ne puasa utk hri ke 2?terasa penat lgikan?biasalah...2 3 hari nnti..oklah tu...

Monday, 18 July 2011

Pantai Siar





KEISTIMEWAAN LUNDU


Setiap kawasan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, begitu juga dengan Lundu. Lundu mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Antara destinasi utama para pelancong termasuklah:


i. Pantai
− Pantai Pandan
− Pantai Siar
ii. Taman Negara
− Gunung Gading, Lundu
− Taman Negara Tanjung Datu, Sematan

iii. ‘Homestay’
− Rumah Panjang Kampung Pueh, Sematan
− Rumah Panjang Kampung Kangka, Sempadi
− Kampung Telok Melano, Sematan


PANTAI PANDAN DAN PANTAI SIAR



Keindahan Pantai Pandan dan Pantai Siar yang merupakan sebahagian daripada Laut China Selatan juga mampu memukau pengunjung yang datang. Pantainya yang bersih serta air yang membiru mampu memikat pengunjung untuk datang lagi bersama ahli keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti berkelah, mandi-manda serta memancing bagi sesiapa yang minat memancing. Terdapat juga beberapa kemudahan termasuklah tempat penginapan bagi yang ingin bermalam seperti chalet dan resort untuk keselesaan dan kemudahan para pengunjung. Selain daripada itu, terdapat juga “Pandan Beach Camp Ground” yang kebiasaannya menjadi tempat tumpuan pihak luar menganjurkan kem motivasi untuk para pelajar sekolah. Lokasinya yang berdekatan dengan pesisir pantai menyebabkan pelbagai aktiviti boleh dijalankan sepanjang berlangsungnya kem motivasi sekaligus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan laut kepada semua.








HOMESTAY


Selain daripada pantainya yang cantik, Lundu juga ada menyediakan kemudahan seperti ‘homestay’ bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka dapat merasai sendiri pengalaman tinggal di rumah panjang bersama-sama dengan keluarga angkat masing-masing. Pelbagai aktiviti yang dapat mereka lakukan bersama-sama dengan penduduk tempatan seperti bersawah padi, bercucuk tanam serta mempelajari tarian tradisional suku kaum pribumi Sarawak seperti tarian ngajat yang amat popular di negeri Sarawak. Pengunjung juga dapat merasai keenakan makanan tradisional seperti Laksa Sarawak dan ‘ayam pansuh’ iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh bersama-sama dengan bahan yang lain. Pastinya pengalaman sebegini amat bermakna bagi para pengunjung yang datang dan meninggalkan kenangan manis di dalam memori mereka.



TAMAN NEGARA



Lundu mempunyai beberapa Taman Negara iaitu Taman Negara Gunung Gading yang terletak di Lundu dan Taman Negara Tanjung Datu yang terletak di Sematan. Kedua-dua Taman Negara ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Taman Negara Gunung Gading amat popular dengan Bunga Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang begitu sinonim dengan Pekan Lundu itu sendiri. Ramai para pengunjung yang datang ke sini kebanyakannya ingin melihat sendiri keindahan bunga Rafflesia. Manakala Taman Negara Tanjung Datu merupakan Taman Negara yang terkecil di Sarawak. Taman Negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana kawasannya yang belum tercemar. Pasirnya yang halus dan putih serta keindahan batu karang mampu menarik pengunjung untuk datang ke sini.










BAHASA SELAKO
Bahasa Selako turut memperkenalkan Lundu kepada orang ramai. Bahasa Selako hanya terdapat di Sarawak sahaja khususnya di Bahagian Lundu. Bahasa selako dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia. Hal ini kerana, ramai warga Kalimantan yang berhijrah ke sempadan antara Borneo dan juga Kalimantan dan akhirnya berkahwin dengan penduduk tempatan. Kawasan penempatannnya pula di antara Jalan Lundu - Sematan serta Jalan Lundu - Biawak.


sumber:http://www.branch13.digicbc.com/

Pantai Sematan


Kem Bina Semangat Pueh menyediakan kemudahan aktiviti luar kepada para pengujungnya

Destinasi Eko-Pelancongan yang Unik. Sematan, nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang menggemari aktiviti santai dan cintakan keindahan alam semulajadi. Khazanah alamnya yang belum terusik oleh pembangunan merupakan tarikan utama pengunjung ke sini.



Pantai Sematan umpamanya, merupakan antara tempat peranginan yang terkenal disebabkan keindahan dan kebersihannya sehinggakan kawasan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi pengunjung dari dalam mahupun luar negeri pada sepanjang tahun.

Malahan, lokasi Sematan yang sejauh kira-kira 128 km ataupun sekitar dua jam perjalanan dari Bandaraya Kuching juga memudahkan kawasan ini dikunjungi.



Di sini, antara tarikannya ialah Pesta Pantai yang diadakan setiap bulan Mei di Pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang. Ia merupakan saat yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pengunjung dan penduduk tempatan untuk berkumpul bersama-sama ahli keluarga dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di sini.


Namun, bersempena Tahun Pelancongan Sarawak 2003, Pesta Sematan telah diadakan pada 28 hingga 29 Disember lalu dengan pelbagai aktiviti seperti bola sepak pantai, bola tampar, tarik tali dan karaoke.


Aktiviti yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Lundu/Pejabat Daerah Kecil Sematan dengan sebuah syarikat swasta itu telah menarik kehadiran ramai pengunjung dari sekitar Bandaraya Kuching, Bau dan Lundu bukan sahaja bagi menyertai aktiviti yang diadakan malahan untuk menikmati pemandangan menarik di situ.


Bagi pelawat yang mengambil keputusan berada lebih lama di sini, selalunya tidak akan melepaskan peluang mengunjungi Air Terjun Sebat, Taman Negara Tanjung Datu dan Taman Perlindungan Kehidupan Liar Samusan.
 

Mercu tanda terletak berhampiran dengan Pantai Sematan turut menjadi tarikan

Program yang menggabungkan elemen kebudayaan, alam semulajadi dan pengembaraan juga telah diwujudkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Sematan iaitu Homestay Telok Melano di Kampung Melano dan Homestay Kampung Serabang. Mereka yang ingin mengikuti program ini boleh bermalam di rumah nelayan penduduk kampung dan menyertai aktiviti harian mereka di sini.

Sebanyak 21 buah chalet (16 unit satu bilik dan 5 unit dua bilik) turut disediakan di sini oleh pihak swasta, selain daripada yang di bawah jagaan Pejabat Daerah Kecil Sematan (8 bilik) dan Majlis Daerah Lundu (3 bilik).
 
Kem Bina Semangat Pueh pula menjadi alternatif kepada mereka yang gemarkan aktiviti luar yang mencabar minda dan fizikal.


Justeru jika ada kelapangan masa, terokailah tempat-tempat ini bagi mengetahui sendiri keindahan alam semulajadinya yang pastinya berbeza dengan tempat-tempat yang pernah anda lawati.
 
sumber:http://www.emoss.com.my

Pantai Buntal

Oleh AHMAD TARMIZI BOLHASSAN.

metahad@hmetro.com.my
APA istimewanya ikan buntal hingga sebuah perkampungan nelayan di Bahagian Kuching berdekatan Gunung Santubong dan Kampung Budaya Sarawak mengabdikan namanya.


Walhal, ikan itu secara umum dipercayai antara spesies beracun di dunia seperti katak racun emas. Organ dalaman seperti hati dan kulitnya sangat berbahaya bagi sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan itu tetap dijadikan makanan di beberapa negara seperti Jepun, Korea dan China.


Menurut cerita orang dulu, sejarah nama Kampung Buntal merujuk kepada Sungai Buntal yang pada masa itu terkenal dengan ikan Buntal yang begitu banyak dan wujud kira-kira 300 tahun dulu.


Individu pertama mendiami Kampung Buntal ialah Datuk Tanggak yang terpeson
dengan kedudukan kampung terbabit lalu membawa ahli keluarga menetap di situ selain menjadi tempat persinggahan ketika menangkap ikan.


Malah, kedudukannya yang dikatakan strategik turut dijadikan kawasan berlindung khususnya ketika musim tengkujuh dan sejak dari itu bermulanya kehidupan di Kampung Buntal yang kini didiami lebih 1,000 penduduk dengan 80 peratus adalah berketurunan Melayu, diikuti Cina dan Iban.


Pada mulanya, kampung yang terletak kira-kira 27 kilometer dari pusat bandar raya ini terletak di tepi laut namun disebabkan bencana alam selain kerakusan manusia menyebabkan berlakunya hakisan pantai sekali gus memaksa penduduk berpindah ke kawasan jauh dari pantai.


Rumah penduduk di situ dibina di sepanjang jalan kampung dan masih mengekalkan seni bina tradisional dan rata-rata penduduk hidup dalam kesederhanaan.


Terkenal sebagai destinasi makanan laut, Kampung Buntal turut menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar selain menjadi pusat pengeluaran belacan, ikan kering dan kek lapis Sarawak.


Menurut generasi ketiga penduduk Kampung Buntal, Ban Rapaee, 66, pada awalnya hanya ada tujuh rumah penduduk saja di kampung berkenaan.



Beliau yang kini menjadi pengusaha belacan berkata, banyak perubahan disaksikannya sejak lebih 60 tahun lalu menetap di kampung berkenaan terutamanya daripada segi prasarana, bekalan air, api, jalan raya dan kegiatan ekonomi.


Katanya, menangkap ikan adalah aktiviti utama di Kampung Buntal iaitu membabitkan kira-kira 60 peratus penduduk dan hampir setiap ketua isi rumah memilih bekerja sebagai nelayan pantai dengan hasil tangkapan biasanya untuk kegunaan sendiri.


"Kebanyakan penduduk Kampung Buntal bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan yang mana selain untuk kegunaan sendiri, mereka juga menjualnya sebagai sumber pendapatan.


"Tapi ada juga yang sudah bergelar usahawan dengan mengusahakan perniagaan berasaskan hasil tangkapan laut," katanya. Penghulu, Matli @ Madli Sah, 57, berkata Kampung Buntal sudah menerima arus pembangunan dan kemudahan seperti jalan raya bagi memudahkan mereka berhubung dengan kampung lain.


"Dulu cukup berbeza, penduduk kampung mengambil masa dua hingga tiga jam untuk ke pusat bandar raya, tapi sekarang hanya mengambil masa 20 minit," katanya.


Kerancakan ekonomi di kampung berkenaan turut memberi rezeki khususnya kepada golongan wanita di mana Kampung Buntal juga terkenal dengan perusahaan makanan yang dikendalikan Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS).


Umpamanya, seorang usahawan wanita, Serimah Hazimi, 40, menjalankan perniagaan membuat Kek Lapis Sarawak Ori sejak enam tahun lalu yang bukan saja mendapat permintaan daripada penduduk sekitar Kuching, malah turut digemari pengunjung luar.


Selain itu, Kampung Buntal turut terkenal dengan perusahaan belacan dan amat diminati penduduk di sekitar bandar raya ini yang mana ia turut menjadi 'buruan' pelawat terutamanya dari Semenanjung untuk dijadikan ole-ole.


Fakta Kampung Buntal
1. Pada mulanya Kampung Buntal hanya ada tujuh rumah.
2. Sebuah kampung nelayan yang terletak di dalam daerah Kuching dan berdekatan dengan Gunung Santubong dan Kampung Budaya Sarawak.
3. Jarak antara Kampung Buntal dan pusat bandar raya kira-kira 27 kilometer dengan menggunakan kemudahan jalan raya.
4. Sejarah namanya diambil sempena Sungai Buntal yang pada masa itu terkenal dengan ikan buntal yang banyak.
5. Berdekatan dengan Santubong Resort dan Pantai Damai

sumber:http://www.hmetro.com.my/

Pantai Damai


 

 










gambar: http://www.journeymalaysia.com/




Santubong Kuching Resort Sarawak OverviewSantubong Kuching Resort sprawls over 25 acres amidst lush jungles with the legendary Mount Santubong in the background and overlooking the South China Sea. It is a retreat back to nature and is only 25 mins away from the city and 40 mins from the airport.


The Resort is surrounded by the greens of the Damai Golf and Country Club, an 18 hole , par 72 course, which is designed by the legendary Arnold Palmer. The famous Sarawak Cultural Village, showcasing the culture and houses of the various communities in Sarawak is only 5 mins away from the resort.


The 380 modern and spacious rooms, suites and self-contained chalets feature individually controlled air-conditioning, hairdryer, parabolic TV channels, IDD telephone, mini bar, remote controlled television, coffee and tea-making facilities, separate bathtub and shower.

sumber: http://www.marimari.com.my/

Friday, 8 July 2011

Cina




Cina Malaysia
Kawasan dengan jumlah penduduk
yang besar
Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor


Bahasa
Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Hokchiu, Bahasa Hainan, Bahasa Kwongsai, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris


Agama
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian, Islam, Hindu, Agama Bahá'í, Ateisme, Freethinker
Kelompok etnik terdekat
Peranakan


Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah penghijrah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.


Isi kandungan [tunjukkan]


1 Sejarah 1.1 Gelombang Pertama1.2 Gelombang Kedua2 Suku Dialek3 Pendidikan 3.1 Pendidikan Cina4 Pendidikan Inggeris5 Pendidikan Melayu6 Bahasa7 Ekonomi 7.1 Pekerjaan7.2 Status ekonomi7.3 Dasar Ekonomi Baru7.4 Banci 20008 Agama9 Lihat juga10 Rujukan


[sunting] Sejarah[sunting] Gelombang PertamaOrang Cina gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan kepada Sultan Melaka , membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba dari negara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba dan Nyonya bagi perempuan.


[sunting] Gelombang KeduaPada abad ke 19 dan ke 20, orang Cina berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya.Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan.Mereka membentuk penempatan di Perak dan Selangor terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British .Selain itu ,mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat .Kebanyakan orang Cina dapat dijumpai di pantai Barat.


Suku DialekEtnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuZhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.



Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.


Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.


Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.


Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.


Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.


Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.


PendidikanRakyat Malaysia diberi pendidikan percuma .Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar . Contohnya Bahasa Malaysia , Mandarin ,dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah .Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris ,sekolah kebangsaan ,dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.



Pendidikan CinaSekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815. Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.


Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan .Sekolah Cina yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penngantar.


Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China .


 Pendidikan InggerisPada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan . Korikilumnya selaras dengan yang diamalkan di England.Sebahagian masyarakat Cina berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.


 Pendidikan MelayuPendidikan yang ditawarkan di sekolah kerajaan.


Banci 2000 menunjukkan perbezaan dialek masyarakat Cina tempatan.

Dialek Populasi[1]


Hokkien (Minnan) 1,848,211
Hakka 1,679,027
Kantonis 1,355,541
Teochew 974,573
Mandarin 958,467
Hainanese 380,781
Min Bei 373,337
Foochow 249,413


Walaupun terdapat perbezaan dalam asal-usul,tetapi perkahwinan antara pelbagai suku bahasa, menyebabkan kewujudan pelbagai dialek yang berbeza untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.


EkonomiOrang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.


 PekerjaanMasyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta.


Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.


Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik.


 Status ekonomi Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.


Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan rata-rata berada di 4437 ringgit[2] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.


Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja yang baik.


 Dasar Ekonomi BaruYe Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisy ekonomi Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu. [3]


AgamaAgama Masyarakat Cina Malaysia



Agama Percent
Buddhism   75.9%
Taoism   10.6%
Kristian   9.6%
Islam   1.0%
Hinduism   0.3%
Agama Lain   0.2%
Agama Masyarakat Cina   0.1%
Tidak Beragama   2.3%


Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism, Confucianism , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Sarawak

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.[4][5]


Isi kandungan [sorokkan]
1 Geografi
2 Sejarah
3 Kerajaan negeri
4 Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak
5 Politik
6 Ekonomi dan budaya
7 Lihat juga
8 Rujukan
9 Pautan luar


GeografiUntuk rencana lanjutan, lihat Bahagian di Sarawak dan Geografi Sarawak
Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.
Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Sarawak








James Brooke, Raja ke Sarawak.Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.


Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.


Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han dari negara China di Santubong.




Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.



Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

Kerajaan negeri


Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.

Sarawak

Tuesday, 21 June 2011

Taman Negara Lambir


LHNP
foto:superpages.com.my
Lambir Hills National Park (Taman Negara Gunung Lambir)
foto:superpages.com.my

Taman Negara Bukit Lambir


Bukit Lambir sangat popular di kalangan ahli ekologi dan para penyelidik. Taman negara ini mempunyai keluasan 7,000 hektar dan kawsan seluas 52 hektar mengandungi 1,050 spesis pokok dan setiap pokok menampung 1,000 spesis serangga!

LHNP
foto:superpages.com.my

Ahli ekologi berpendapat bahawa terdapat banyak lagi spesis tumbuhan dan serangga di taman negara ini yang masih belum dikenalpasti. Taman negara yang menakjubkan ini adalah taman yang paling senang di kunjungi di Sarawak di mana ianya hanya 30 minit perjalanan dari Miri.


Dalam keghairahan anda untuk melawat Mulu atau Niah anda tidak harus melepaskan peluang melawat Lambir. Hutan Lambir menjadi tempat tinggal pelbagai jenis haiwan termasuk ungka, kera hantu, babi hutan, tupai terbang, rusa, 157 jenis burung dan harimau dahan yang cantik.


Anda akan melihat hidupan liar sambil anda meneroka laluan-laluan trek hutan di taman negara ini. Laluan trek hutan ini merupakan yang terpanjang dan paling lasak menuju ke puncak Bukit Lambir (465 meter), namun pemandangan hebat hutan hujan di bawahnya membuatkan pendakian ini sangat berbaloi.


Di sini terdapat sebuah menara pokok setinggi 40m di mana anda boleh melihat nadi kehidupan di dalam hutan secara dekat. Taman ini juga adalah sesuai untuk aktiviti memerhati burung.

LHNP
foto:superpages.com.my

Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Miri membuatkan taman negara ini destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari tetapi jika anda ingin memerhati hidupan liar mengikut kesenangan anda, tempat penginapan boleh ditempah di ibu pejabat taman.


Tips:


Bawa bersama pakaian mandi anda kerana taman ini mempunyai kolam tempat berenang di kaki air terjun yang hebat dan mudah dikunjungi. Ia adalah cara terbaik untuk menyegarkan diri anda di dalam hutan yang mempunyai cuaca panas lembap.

View
foto:superpages.com.my

Top
Pengangkutan:
Kereta


Taman ini terletak hanya setengah jam dari Miri dan mudah untuk ke sini. Ibu pejabat taman ini terletak berhampiran jalan Miri-Niah. Anda hanya perlu menaiki bas ke Bintulu atau Bakong di Miri. Anda juga mungkin memilih untuk menyertai lawatan berpandu yang bertolak dari Miri pada waktu awal pagi dan kembali selepas tengahari. Penginapan semalaman juga boleh diatur jika anda mahu. Anda juga boleh menyewa teksi untuk membawa anda ke sana.


Top
Talian Untuk Dihubungi:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my


Top
Penginapan


Terdapat sebuah rumah rehat di taman negara ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk bermalam di bandar Miri yang menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan hanya 45 minit dari taman negara tersebut.
 
sumber:http://www.nusantaraku.org/

Friday, 10 June 2011

Taman Negara Similajau

Pengenalan

Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Selepas seharian penat bekerja atau mungkin untuk melarikan diri sementara dari kesibukan kota pada hujung minggu, adalah lebih baik untuk mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dan melepaskan tekanan. Satu daripadanya adalah dengan mengunjungi Taman Negara Similajau di Bintulu.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Taman ini menjanjikan satu kelainan dan keunikannya bukan sahaja dari segi kemudahan yang ditawarkan malahan menyimpan banyak khazanah alam semulajadi yang amat berharga yang boleh diterokai oleh pengunjung-pengunjungnya.Taman yang diuruskan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC)itu telah diwartakan pada 1 Disember 1976.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Keluasan taman itu merangkumi 7,064 hektar di garisan pantai (kawasan darat) termasuk 1,932 hektar kawasan laut dan sebahagian daripada kawasan pemeliharaan untuk pelbagai spesies hidupan liar dan spesies pokok hutan. Taman yang terletak 30 kilometer Timur Laut bandar Bintulu itu merupakan destinasi sangat popular pada hujung minggu.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

"Berbanding dengan taman-taman lain di Sarawak, Taman Negara Similajau cukup unik dan menarik, memandangkan taman ini berdekatan dengan bandar, malahan untuk sampai ke taman ini dari bandar Bintulu hanya memakan masa 30 minit sahaja dengan memandu kenderaan," kata Pengurus Wilayah SFC Bintulu, Mohamad Jirin Anis.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/


Sambil menjelaskan kedudukkan taman ini sebagai satu kelebihan katanya, "kedudukkannya yang dekat dan lokasinya yang terletak 30 kilometer di Timur Laut bandar Bintulu akan memudahkan ramai pengunjung mengunjungi taman ini khususnya penduduk tempatan."


"Sasaran kita adalah untuk melihat ramai penduduk tempatan datang ke sini serta menikmati khazanah alam berharga yang ditawarkan taman ini," tambahnya semasa ditemubual.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Bagi menjelaskan mengenai maksud keunikan dan kelainan yang ditawarkan di Taman Negara Similajau, Mohammad Jirin berkata,


terdapat tiga khazanah hutan utama dan paling berharga di taman itu antaranya adalah hutan pantai, hutan kerangas, hutan  Mixed Dipterocarp' serta hutan paya bakau.


`


Similajau National Park
foto:http://www.flickr.com/

"Manakala hidupan liar yang terdapat di taman ini pula adalah ikan lumba-lumba, penyu, buaya air masin yang terdapat di Sungai Likau dan belangkas," katanya.

Khazanah hutan berharga yang terdapat di Taman Negara Similajau adalah menakjubkan kerana ia merupakan hutan istimewa


yang ditumbuhi pelbagai spesies pokok dan tumbuhan serta kewujudan batu-batu besar di samping pokok-pokok rhu yang


tumbuh di kawasan sepanjang pantai Similajau serta pokok paya bakau yang boleh ditemui berdekatan dengan Sungai Sebubong.


Similajau National Park
foto:http://www.flickr.com/Hutan `mixed dipterocarp' pula merupakan hutan yang memiliki pokok-pokok besar yang bersimbolkan hutan hujan tropika.





Terdapat 24 spesies hidupan liar dan 185 spesies burung di rekodkan terdapat kawasan taman ini, manakala buaya air masin


yang mendiami habitat di muara sungai memakan haiwan-haiwan kecil seperti ikan, biawak dan sebagainya.


Apa yang paling unik adalah spesies Belangkas serta penyu hijau yang datang ke pantai Similajau Golden Beach untuk


bertelur dan ikan lumba-lumba yang mungkin boleh ditemui berenang berdekatan dengan kawasan pantai di taman itu.
















foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/
Kemudahan:


Dengan pelbagai khazanah alam yang terdapat di taman ini katanya, pihak taman tidak akan mengabaikan aspek penyediaan


kemudahan untuk para pengunjung menikmati keindahan-keindahan alam semulajadi itu antaranya adalah laluan untuk


treking dan papan pejalan kaki menuju ke sembilan jejak di taman ini.













foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

"Jejak utama adalah jejak ke Golden Beach, Turtle Beach I & II, Batu Anchau, Sebubong Pool, Circular Trail dan


Education Trail (untuk pendidikan semulajadi pengunjung dan pelajar)," kata Mohamad Jirin sambil menjelaskan untuk


sampai ke Golden Beach memakan masa empat jam dengan berjalan kaki dan sejam dengan menggunakan pengangkutan bot.


"Apa yang menariknya tentang Golden Beach ialah pantai kelihatan macam emas. Ini merupakan satu produk yang


unik dan menarik kerana pasir-pasir di kawasan taman ini kelihatan macam emas," katanya.











foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

Menceritakan lebih lanjut mengenai kawasan Turtle Beach pula katanya, ia merupakan pantai bagi penyu-penyu bertelur


pada musim di antara April hingga September tetapi dalam jumlah yang kecil berbanding di pantai Taman Negara


Talang Satang (Bahagian Kuching) yang mana penyunya bertelur banyak.


"Namun ia merupakan kawasan pemuliharaan khas untuk penyu di taman ini, bagaimanapun kita berharap dan merancang


untuk mendapatkan lebih banyak tempat bagi projek pemuliharaan penyu di Bintulu untuk tahun ini," jelasnya.











foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

Katanya, kemudahan yang paling menarik disediakan oleh pihak taman adalah pelayaran atau ronda-ronda sungai dengan


bot di sepanjang Sungai Likau dan pantai di taman atau menuju ke Batu Mandi di hadapan taman yang memberi pilihan


kepada pelawat untuk menikmati keindahan persekitaran dan laut di Taman Negara Similajau.


Selain itu katanya, tempat penginapan untuk bermalam serta berehat turut disediakan untuk mereka yang mengunjungi taman ini.


Antara kemudahan penginapan yang disediakan ialah Rumah Rehat Kenamaan (VIP), Pandu Masuk Chalet (Drive In Chalet),


Hostel atau Asrama 18 bilik, tapak perkhemahan untuk yang mahu bermalam dan mendirikan khemah di kawasan taman,
tempat mandi awam, tempat berbeku dan pondok rehat.


"Kita mempunyai banyak chalet yang kini masih dinaik-taraf. Kemudahan chalet itu belum dibuka untuk tempahan bagi penginapan pengunjung buat masa ini disebabkan masih dalam pembinaan," katanya sambil menambah kerja-kerja menaik taraf itu dijangka siap pada April 2010.


Beliau berkata, enam chalet baru yang dalam pembinaan semula serta dinaik-taraf apabila siap kelak diharap akan memberikan kemudahan penginapan yang selesa dan baik untuk pelawat.


Dalam perkembangan lain katanya, setakat ini tumpuan akan diberikan kepada pelawat-pelawat yang mahu menikmati aktiviti lasak seperti treking dan sebagainya di kawasan taman.


Kesan Krisis Ekonomi:


Mengenai kesan krisis ekonomi global katanya, "Ia tidak begitu menjejaskan potensi taman ini sebagai tempat eko pelancongan


menarik memandangkan produk yang ditawarkan masih ada di situ dan kita juga tidak terlalu bergantung kepada kehadiran pelancong asing".



foto:http://mstar.com.my/
 "Operasi taman ini sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi juga masih diteruskan. Namun harapan kita adalah agar lebih



ramai pelancong domestik datang ke taman ini pada tahun ini dengan sasaran kita adalah kunjungan sekitar 80 peratus


pelancong domestik khususnya selepas kemudahan taman dipertingkatkan kerana taman ini menjanjikan tempat berekreasi


pada hujung minggu dan tempat yang sunyi bagi merehatkan minda dari kesibukan kota," katanya.





foto:http://mstar.com.my/
 Begitupun katanya, sekiranya ramai pelancong asing datang ke taman ini, ia adalah sesuatu yang amat baik.



"Kita sebenarnya masih ada pelawat," katanya sambil menambah pelancong asing yang datang ke taman ini selalunya membuat

penyelidikan terhadap sumber asli dan melihat pelbagai spesies burung, manakala pelancong tempatan pula lebih tertumpu


kepada rekreasi, menyaksikan matahari terbenam di waktu senja, berbeku, berjalan-jalan di pantai, melakukan aktiviti trip pendidikan dan sebagainya.


Kehadiran Pelawat:


Mohamad Jirin berkata, setakat tahun 2008 lepas, kehadiran pelancong asing adalah seramai 1,700 ke Taman Negara Similajau


yang kebanyakannya membuat penyelidikan dan menikmati keindahan alam semulajadi.



foto:http://mstar.com.my/
 "Dan dengan pelaksanaan projek Koridor Tenaga Boleh DiPerbaharui Sarawak (Score), maka peluang kita adalah untuk mendapat lebih ramai pelawat datang ke taman terutamanya warganegara asing yang bekerja dalam Score."


"Taman ini menyediakan kemudahan rekreasi untuk mereka berehat selepas sepanjang hari bekerja malahan terletak


berdekatan di antara sempadan Score, justeru kita akan berusaha untuk meningkatkan produk-produk baru yang diperlukanoleh pelawat ini," katanya.


Selain itu katanya, sejajar dengan kewujudan Score maka pihaknya juga akan memperkenalkan lebih banyak produk-produk baru untuk pelawat di taman itu.


Bagaimanapun katanya, "Kita berharap penduduk di Bintulu mengambil peluang ini untuk datang beramai-ramai mengunjungi dan


menikmati keindahan taman ini terutama yang ingin menginap, beriadah bersama keluarga dan teman-teman".


Sementara itu, masa yang paling sesuai dan baik untuk melawat Taman Negara Similajau adalah pada musim kering antara


Februari hingga Oktober apabila garisan pantai kelihatan begitu menarik dengan air lautnya kehijauan bercahaya
yang mana baik untuk mandi-manda dan berenang.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hutan
(National Park/Wildlife)
Bahagian Bintulu
97008 Bintulu
Tel: (60)86-336101 Fax : (60)86-331923
web:http://www.sarawak.forestry.gov.my


 
 
sumber:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/
foto:http://www.flickr.com/
foto:http://mstar.com.my/