Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Monday 2 January 2012

Lawas destinasi pelancongan unik Sarawak

Lawas destinasi perlancongan unik Sarawak


Tawar pelbagai keindahan,misteri alam belum diterokai


BAGI penduduk semenanjung terutama di kawasan bandar yang berkesempatan berkunjung ke satu daerah di Timur Laut Sarawak iaitu Lawas dan megenali masyarakat di situ,ia semamangnya peluang yang sangat berharga dan menarik untuk diterokai.


Lawas terletak di kawasan persempadanan antara Brunei dan Sabah dan menariknya ada di kalangan masyarakat di kawasan ini mempunyai hubungan persaudaraan di kawasan persempadanan yang membabitkan sebuah negeri dan negara ini.


Pengembaraan ke Lawas bermula di lapangan terbang Miri apabila kami menaiki pesawat MAS Wings Twin Otter.Bagi kebanyakan di antara kami inilah kali pertama menaiki pesawat kecil ini.


Terima kasih kepada juruterbang pesawat ini kerana kemahirannya membawa kami ke destinasi dituju dengan selamat dan kami gembira dapat melihat pemandangan hutan yang mengagumkan,ladang kelapasawit yang luas,aliran sungai mengalir seakan curahan teh tarik serta bentuk muka bumi yang pelbagai rupa.


Lawas dapat di gambarkan sebagai sebuah kawasan bandar kecil berlatarbelakangkan Gunung Crocker yang tersergam indah.Kami ditempatkan di Hotel Sri Malaysia yang menyediakan kemudahan bilik setanding hotel bertaraf sederhana di Kuala Lumpur.


Seperti kebanyakan kawasan perpindahan di Sarawak,Lawas bermula di persisir sungai di mana bot dan feri menjadi pengangkutan utama di sini.
















ikan tahai sambal


Berikutan kedudukan geografinya itu,Lawas sebenarnya melalui sebahagian rantaian jalan di Sarawak.Jalan utamanya menghubungkan ke kawasan di Sabah dan daerah Temburong,Brunei.Terdapat banyak jalan di kawasan ini yang sedang dalam pembinaan sebagai kemudahan perjalanan untuk menuiju ke kampung di kawasan pedalaman.


Hentian pertama dalam perjalanan kami adalah Pantai Punang,ia mungkin di kawasan paling selatan di Sarawak dan satu-satunya kawasan pesisir pantai di sini.


Terdapat perkampung nelayan di atas air di mana penduduknya kini menikmati kemudahan jalan raya yang baharu sejauh 12 km menghubungkan Lawas dan Kampung Punang.


Laluan baru ini memendekkan perjalanan dari 1 jam ke 15 minit dan laluan ini adalah sebahagian daripada inisiatif di dawah Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA)Mmenpertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar di mana 14 jalan raya sedang di bina di kawasan ini membabitkan 60% secara keseluruhannya.


Aktiviti seturusnya adalan dari Kuala Lawas ke kawasan tengah sungai dan dengan tambang RM1 seorang,kami mengambil bot dari jeti ke kampung Nor Islam Laut untuk melawat Kampung Pemukat iaitu satu lagi kawasan perkampungan nelayan di atas sungai.










Sangkar ikan di Kampung Awat-Awat menjadi sumber rezeki penduduk.




Inilah pengangkutan utama penduduk kampung berulang alik,bersama-sama kami menaiki bot pada dari hari itu adalah budak-budak yang baru pulang dari sekolah.


Kampung Pemukat sedang dalam transformasi dengan pembinaan banyak jalan baru di belakang kampung itu.


Ketua Kampung Lawas.Abd Kadir Akop,berkata keadaan sebalum ini sangat sukar.


"Apabila kami membuka pintu belakang rumah ia adalah pulau dengan pokok nipah tetapi kini apabila kami membuka pintu yang kelihatan adalah jalan raya,malah kami kini boleh meletakan kereta kami betul-betuk di balakang rumah"katanya.


Sesetengah daripada penduduk kampung pula memilih untuk memindahkan rumah berhampiran jalan raya baharu itu berbanding terus tinggal di kawasan Sungai.Bagi penduduk kota seperti kumpulan kami lebih cenderung untuk mengambil laluan berturap dan bagi penduduk setempat pemberian jalan raya itu sangat dihargai.


















SEORANG penduduk memunggah bungkusan ikan bilis untuk dipasarkan




Hari berikutnya kami mengambil peluang mengikuti jalan baharu untuk ke Kampung Awat-Awat di Sundar untuk bersama kumpulan wanita yang menyediakan sajian makanan yang enak.


Mereka melakukan demonstrasi menyediakan ikan tamban sebagai bahan asas dan dibakar.Sajian ini dikenali sebagai salai tahai dan di jual pada harga RM12 sekilogram,bagaimanapun pada musim hujan harga akan meningkat kerana kesukaran mendapatkan ikan.Hampir 95% penduduk di kawasan perkampungan ini terbabit dengan perikanan atau membuat salai tahai.


Pemborong dari pasar di brunei akan memilih ikan terbaik dari nelayan kampung ini.Selain daripada pengeluaran salai tahai dan perikanan di laut dalam,penduduk kampung mendapat bantuan kerajaan untuk menjalankan aktiviti menternak ikan dalam sangkar.Kini hampir 160 buah sangkar ikan membabitkan ikan janis kerapu dan siakap.


Ada di antara penduduk kampung mampu memperolehi RM5,000 sebulan termasuk pendapatan daripada pengeluaran salai tahai,nelayan dan pentrnakan ikan dalam sangkar.


Kampung Awat-Awat terdiri daripada empat perkampungan kecil iaitu Kampung Awat-Awat,Kampung Bangsal,Kampung Ujong dan Kampung Masjid mula menikmati pelbagai kemudahan sejak 2006.






KAWASAN penempatan semula penduduk yang sebelum ini tinggal berhampiran sungai.


Penduduk kampung ini menikmati sistem jalan raya yang membolehkan mereka memasarkan hasil keluaran ke pasaran.Ddi kawasan ini juga terdapat sekolah rendah dan kanak-kanak kampung ini tidak perlu berjalan jauh setiap hari ke sekolah atau tinggaldi asrama yang jauh dari rumah mereka.


Sekolah tadika yang sedia ada di kampung ini juga akan berpindah ke permis lebih baik dan sebagai tambahan penduduk juga di sediakan dewan masyarakat dan masjid.


Ketika rakyat Brunei dan sebahagian penduduk di kawasan barat Sabah begitu mengenali Lawas dengan pelbagai daya penarik,pewat dari semenanjung dan luar negara pula merasa ada satu misteri di kawasan ini.


Dengan gambaran perkampungannelayan dan keindahan alam semula jadi sebagai tarikan dan ramai yang tidak mengetahui bahawa di sini terdapat banyak keindahan belu diterokai bagi daya tarikan perlancongan di Sarawak.


Kemudahan kini sudah disediakan untuk dunia menyaksikan pengalaman menarik dan paling penting masyarakat luar bandar di Lawas kini paling bertuah dapat memanfaat segala kemudahan yang di sediakan.


PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN.
SUMBER:BERITA HARIAN 29.Disember 2011.
www.pemandu.gov.my

No comments: