Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Friday 13 January 2012

Terubuk masin makin mahal


MESKIPUN menjadi ikon pelancongan, penangkapan terubuk tempatan perlu dikawal bagi mengelakkan ia pupus.
sitik.wordpress.com


   Ikan terubuk yang menjadi ikon produk makanan laut Sarawak selama 20 tahun hingga menjana pendapatan bernilai kira-kira RM20 juta setahun mungkin lenyap menjelang 2030 jika kerajaan lewat menambah stok spesies itu yang kini terus diancam kepupusan. 

     Ketika permintaan dalam negara terus meningkat,peniaga tempatan kini terpaksa bersaing sesama sendiri untuk menampung bekalan daripada pembekal yang mengimport ikan berkenaan sama ada dari Myammar,Thailand atau India sekali gus meningkatkan kos jualan.

    Produk terubuk masin yang terkenal di seluruh negara,kini berdepan risiko 'hilang dari pasaran'akibat bekalan tempatan sukar diperoleh serta harga yang mahal.

    Pengasas perusahaan ikan terubuk masin,Ibrahim Mohd Sahari,51,berkata produk industri berkenaan mungkin mampu betahan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang berikutan harga ikan mentah yang terus meningkat.

    Katanya,setakat ini,peniaga terubuk masin bergelut untuk mencari jalan alternatif bagi memastikan produk kebangaan rakyat Sarawak itu terus kekal.

    Beliau mencadangkan supaya kerajaan menerusi agensi tertentu berkaitan perikanan segera menambah stok ikan berkenaan sama ada secara ternakan mahupun kawalan ke atas jumlah tangkapan.

   "Mungkin kita dapat kolamternakan ikan terubuk secara besar-basaran membabitkan lebih banyak kawasan di negeri ini",katanya.

     Beliau yakin jika usaha pemuliharaan drastik dapat dilakukan,masalah kekurangan stok ikan berkenaan dapat dielakkan manakala perusaan terubuk masin dapat diprtahankan.

GERBANG utama Pasar Satok yang merupakan pusat penjualan terubuk masin Sarawak di bandar raya Kuching Utara.sitik.wordpress.com

   Menurutnya,jika masalah itu lewat ditangani,tidak mustahil industri terubuk masin akan mengecil manakala banyak pengusaha dan peniaga bakal hilang sumber pendapatan.

   "Ketika itu,mungkin hanya beberapa peniaga kekal beroperasi dan harga ikan juga pasti mahal.Sekarang ini pun,harga purata seekor terubuk masin dijual RM10.

   "Harga jualan setiap tahun pasti meningkat kerana faktor kurang bekalan,pada masa itu harganya mungkin mencecah RM20 seekor,adakah pelangan mampu membelinya lagi"katanya.

   Berdasarkan statistik 1989,pembekal menjual terubuk masin gred A(berat antara 800 gram hingga satu kilogram)pada harga semasa yang mencecah RM400 bagi jumlah yang sama.

   Ibrahim berkata,bekalan tempatan tidak dapat menampung permintaan polisi perlindungan oleh Lembaga Kemajuaan Ikan Malaysia(LKIM)yang hanya membenarkan terubuk ditangkap di kaasan perairan Sebuyau di Simunjan hinga Meludam,Betong pada waktu tertentu saja.

   "Ikan terubuk tempatan dilindungi sepenuhnya oleh pihak berkuasa dengan harga pula mencecah sehingga RM40 sekilogram,penduduk hanya boleh menangkapnya sekitar pertengahan tahun.

  "Memang terubuk tempatan paling digemari tetapi jumlahnya sudah tidak banyak sedangkan industri terubuk masin beroperasi sapanjang masa",kataaya


sumber:BERITA HARIAN
Jumaat 13 januari 2012
kredit untuk:sitik.wordpress.com

No comments: