Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Thursday 2 February 2012

Penjaga gawang Sarawak baru lepas lima gol

Pasukan Sarawak memiliki tiga penjaga rawang yang mantap musim ini dan ini dibuktikan apabila mereka hanya melepaskan lima gol dalam saigan Liga Super,setakat ini.
Malah persaingan sesama mereka sangat sengit dan peluang  diturunkan untuk menjaga gawang skuad Ngap Sayot sentiasa ada bagi ketiga-tiga permain,Aidil Mohamad,Sauful Amar Sudar dan Sani Anuar Kamsani.

Setakat ini hanya Aidil yang belum merasai aksi Liga Super musim ini kerana kecederaan dialaminya tapi sudah pulih dan disenaraikan sebagai penjaga gol simpanan pada perlawanan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini.

Saiful pula diturunkan dalam tiga perlawanan awal tetapi cedera pada pertemuan menentang Selangor manakala Sani mempamirkan kecermerlangan dalam dua perlawanan.

Juru latih penjaga gol,Mohana Sudram gembira menyaksikan aksi mantappenjaga gol Sarawak kerana mereka mempunyai kebolehan hampir sama.

"Persaigan untuk posisi penjaga gol terbuka luas dan kita memiliki tiga penjaga gol yang sangat profesional,positif dan menyokong satu sama lain.

"Ia satu persaigan sihat dan situasi itu sangat penting" kta Mohan.

Beliau berkata,Saiful,28,adalah penjaga gol berpengalaman yang pernah bermain dengan Kuala Lumpur manakala Sani Anuar beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Malaysia.


sumber:Berita Harian/oleh Robert Kennet/3.2.2012.

 

 

No comments: