Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Monday 18 July 2011

Pantai Sematan


Kem Bina Semangat Pueh menyediakan kemudahan aktiviti luar kepada para pengujungnya

Destinasi Eko-Pelancongan yang Unik. Sematan, nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang menggemari aktiviti santai dan cintakan keindahan alam semulajadi. Khazanah alamnya yang belum terusik oleh pembangunan merupakan tarikan utama pengunjung ke sini.



Pantai Sematan umpamanya, merupakan antara tempat peranginan yang terkenal disebabkan keindahan dan kebersihannya sehinggakan kawasan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi pengunjung dari dalam mahupun luar negeri pada sepanjang tahun.

Malahan, lokasi Sematan yang sejauh kira-kira 128 km ataupun sekitar dua jam perjalanan dari Bandaraya Kuching juga memudahkan kawasan ini dikunjungi.



Di sini, antara tarikannya ialah Pesta Pantai yang diadakan setiap bulan Mei di Pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang. Ia merupakan saat yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pengunjung dan penduduk tempatan untuk berkumpul bersama-sama ahli keluarga dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan di sini.


Namun, bersempena Tahun Pelancongan Sarawak 2003, Pesta Sematan telah diadakan pada 28 hingga 29 Disember lalu dengan pelbagai aktiviti seperti bola sepak pantai, bola tampar, tarik tali dan karaoke.


Aktiviti yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Lundu/Pejabat Daerah Kecil Sematan dengan sebuah syarikat swasta itu telah menarik kehadiran ramai pengunjung dari sekitar Bandaraya Kuching, Bau dan Lundu bukan sahaja bagi menyertai aktiviti yang diadakan malahan untuk menikmati pemandangan menarik di situ.


Bagi pelawat yang mengambil keputusan berada lebih lama di sini, selalunya tidak akan melepaskan peluang mengunjungi Air Terjun Sebat, Taman Negara Tanjung Datu dan Taman Perlindungan Kehidupan Liar Samusan.
 

Mercu tanda terletak berhampiran dengan Pantai Sematan turut menjadi tarikan

Program yang menggabungkan elemen kebudayaan, alam semulajadi dan pengembaraan juga telah diwujudkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Sematan iaitu Homestay Telok Melano di Kampung Melano dan Homestay Kampung Serabang. Mereka yang ingin mengikuti program ini boleh bermalam di rumah nelayan penduduk kampung dan menyertai aktiviti harian mereka di sini.

Sebanyak 21 buah chalet (16 unit satu bilik dan 5 unit dua bilik) turut disediakan di sini oleh pihak swasta, selain daripada yang di bawah jagaan Pejabat Daerah Kecil Sematan (8 bilik) dan Majlis Daerah Lundu (3 bilik).
 
Kem Bina Semangat Pueh pula menjadi alternatif kepada mereka yang gemarkan aktiviti luar yang mencabar minda dan fizikal.


Justeru jika ada kelapangan masa, terokailah tempat-tempat ini bagi mengetahui sendiri keindahan alam semulajadinya yang pastinya berbeza dengan tempat-tempat yang pernah anda lawati.
 
sumber:http://www.emoss.com.my

No comments: