Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Monday, 18 July 2011

Pantai Siar





KEISTIMEWAAN LUNDU


Setiap kawasan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, begitu juga dengan Lundu. Lundu mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Antara destinasi utama para pelancong termasuklah:


i. Pantai
− Pantai Pandan
− Pantai Siar
ii. Taman Negara
− Gunung Gading, Lundu
− Taman Negara Tanjung Datu, Sematan

iii. ‘Homestay’
− Rumah Panjang Kampung Pueh, Sematan
− Rumah Panjang Kampung Kangka, Sempadi
− Kampung Telok Melano, Sematan


PANTAI PANDAN DAN PANTAI SIAR



Keindahan Pantai Pandan dan Pantai Siar yang merupakan sebahagian daripada Laut China Selatan juga mampu memukau pengunjung yang datang. Pantainya yang bersih serta air yang membiru mampu memikat pengunjung untuk datang lagi bersama ahli keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti berkelah, mandi-manda serta memancing bagi sesiapa yang minat memancing. Terdapat juga beberapa kemudahan termasuklah tempat penginapan bagi yang ingin bermalam seperti chalet dan resort untuk keselesaan dan kemudahan para pengunjung. Selain daripada itu, terdapat juga “Pandan Beach Camp Ground” yang kebiasaannya menjadi tempat tumpuan pihak luar menganjurkan kem motivasi untuk para pelajar sekolah. Lokasinya yang berdekatan dengan pesisir pantai menyebabkan pelbagai aktiviti boleh dijalankan sepanjang berlangsungnya kem motivasi sekaligus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan laut kepada semua.








HOMESTAY


Selain daripada pantainya yang cantik, Lundu juga ada menyediakan kemudahan seperti ‘homestay’ bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka dapat merasai sendiri pengalaman tinggal di rumah panjang bersama-sama dengan keluarga angkat masing-masing. Pelbagai aktiviti yang dapat mereka lakukan bersama-sama dengan penduduk tempatan seperti bersawah padi, bercucuk tanam serta mempelajari tarian tradisional suku kaum pribumi Sarawak seperti tarian ngajat yang amat popular di negeri Sarawak. Pengunjung juga dapat merasai keenakan makanan tradisional seperti Laksa Sarawak dan ‘ayam pansuh’ iaitu ayam yang dimasak di dalam buluh bersama-sama dengan bahan yang lain. Pastinya pengalaman sebegini amat bermakna bagi para pengunjung yang datang dan meninggalkan kenangan manis di dalam memori mereka.



TAMAN NEGARA



Lundu mempunyai beberapa Taman Negara iaitu Taman Negara Gunung Gading yang terletak di Lundu dan Taman Negara Tanjung Datu yang terletak di Sematan. Kedua-dua Taman Negara ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Taman Negara Gunung Gading amat popular dengan Bunga Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang begitu sinonim dengan Pekan Lundu itu sendiri. Ramai para pengunjung yang datang ke sini kebanyakannya ingin melihat sendiri keindahan bunga Rafflesia. Manakala Taman Negara Tanjung Datu merupakan Taman Negara yang terkecil di Sarawak. Taman Negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana kawasannya yang belum tercemar. Pasirnya yang halus dan putih serta keindahan batu karang mampu menarik pengunjung untuk datang ke sini.










BAHASA SELAKO
Bahasa Selako turut memperkenalkan Lundu kepada orang ramai. Bahasa Selako hanya terdapat di Sarawak sahaja khususnya di Bahagian Lundu. Bahasa selako dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia. Hal ini kerana, ramai warga Kalimantan yang berhijrah ke sempadan antara Borneo dan juga Kalimantan dan akhirnya berkahwin dengan penduduk tempatan. Kawasan penempatannnya pula di antara Jalan Lundu - Sematan serta Jalan Lundu - Biawak.


sumber:http://www.branch13.digicbc.com/

No comments: