Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Wednesday, 8 February 2012

Gambar Kekasih Baru Hafiz Selepas Adira

awek baru hafiz 
Setelah putus cinta dengan Adira, Hafiz dikatakan sudah mempunyai kekasih baru yang belum lagi diketahui identitinya. Beberapa keping gambar yang kami perolehi dari Forum Cari memaparkan Hafiz bersama dengan seorang wanita. Adakah ini kekasih baru Hafiz? Apa pun kalau benar ini adalah kekasih baru Hafiz, tahniah kami ucapkan. Semoga berbahagia sehingga ke jinjang pelamin.

awek baru hafiz

awek baru hafizawek baru hafiz
awek baru hafizawek baru hafiz

Monday, 6 February 2012

Hafiz mantap(dgn lirik lagu awan nano)

 

 foto:rizif to the blog

    PENAMPILAN sangat ringkas Mohd Hafiz Mohd Suip ketika menyampaikan lagu Awan Nano pada malam kemuncak anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.Ahad lalu, menjadi bualan ramai.

   Selain memberikan persembahan vokal mantap, kemunculannya di pentas AJL26 pada malam itu berjaya menarik perhatian ramai, apatah lagi ia amat berbeza dengan penampilan penyanyi lain yang penuh glamor.

    Pada malam penuh bersejarah itu juara program realiti TV Akedemi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu hanya memakai kemeja-T, berseluar sukan dan berkaki ayam.

   Hafiz tidak perlu berbelanja besar untuk penampilannya, tetapi Awan Nano menang besar apabila diumumkan juara dan membolot RM35,000.

   Kemunculan penyanyi 1980-an, Herma Tino dikatakan punya persamaan rambut dengan bintang kelahiran Kuching, Sarawak ini memberi tarikan kepada persembahan Hafiz hingga menang Vokal Terbaik dan pulang hadiah RM10,000.




   Sedutan klip video Herman menampar Hafiz ketika pembukaan persembahan
turut memberi drama menarik kepada persembahannya.

    Apa dilakukan Hafiz di pentas AJL26 yang disiarkan secara langsung di TV3 dan mencatat jumlah penonton 6.3 juta turut mengingatkan peminat kepada persembahan dilakukan Ning Baizura sewaktu bertanding menerusi lagu Awan Yang Terpilu kerana konsep sama.

    Penyanyi bersuara soprano itu hanya berbaju kurung kain kapas dan berkain batik menyanyi di atas tikar jerami.

   Hafiz yang ditemui sebaik diumumkan juara AJL26 berkata, dia tampil sedemikian kerana mahu menampilkan kelangsungan daripada klip video lagu Awan Nano yang dihasilkan sebelum ini.

  
   "Ia ibarat penyudah kepada jalan cerita klip video dibuat.Disebabkan itu juga, saya menampilkan Herman dalam persembahan ini kerana seperti diketahui umum, dalam klip video terbabit dia menjadi bapa saya.

   Tidak sangka pula apa yang saya gayakan turut diperkatakan,,"katanya.
Kata Hafiz, idea membawa konsep klip vedio di pentas AJL26 datang hasil perbincangan dengan pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
Perkara sama turut dilakukan Hafiz tahun lalu dan turut memenangi Vokal Terbaik melalui lagu Noktah Cinta.

   "Saya bersyukur kerana usaha selama ini membuahkan hasil.Usaha saya menjalani latihan vokal selama sebulan bagi memastikan persembahan ditampilkan di AJL26 benar-benar mantap tidak sia-sia."

  Walaupun pernah memenangi anugerah sama tahun lalu, ia tidak bermakna saya yakin memenanginya tahun ini.

   Lagipun kalau kita lihat calon lain, kebanyakannya jauh lebih hebat dan berpengalaman daripada saya.

   "Begitupun, terima kasih kepada juri kerana memilih dan menghargai bakat saya," katanya.

   Waktu sama, jelas Hafiz, dia bertuah kerana pencipta lagu Awan Nano, Datuk M Nasir dan tampil di pentas.

   Katanya, perkara itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa gemuruh dan tampil menyanyi dengan lebih yakin.

    Selepas keluar AF, Hafiz yang kini popular dengan lagu tema Ombak Rindu duet dengan Adira masih belajar vokal dengan guru vokal, Syafizawati Sharif dan dua minggu sebelum AJL lebih giat berlatih vokal.

   Tidak cukup dengan itu, Hafiz juga berlatih persembahan dan penghayatan dengan
pengarah  kreatif, Izwan. 

Lirik Awan Nano: 

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Segera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibir mu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba mengores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung diri mu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindugi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sring saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak tercapai jejarimu.

Sumber:Metro 5.2.2012
Oleh:Rudy Imran Shamsudin.


Thursday, 2 February 2012

Penjaga gawang Sarawak baru lepas lima gol

Pasukan Sarawak memiliki tiga penjaga rawang yang mantap musim ini dan ini dibuktikan apabila mereka hanya melepaskan lima gol dalam saigan Liga Super,setakat ini.
Malah persaingan sesama mereka sangat sengit dan peluang  diturunkan untuk menjaga gawang skuad Ngap Sayot sentiasa ada bagi ketiga-tiga permain,Aidil Mohamad,Sauful Amar Sudar dan Sani Anuar Kamsani.

Setakat ini hanya Aidil yang belum merasai aksi Liga Super musim ini kerana kecederaan dialaminya tapi sudah pulih dan disenaraikan sebagai penjaga gol simpanan pada perlawanan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini.

Saiful pula diturunkan dalam tiga perlawanan awal tetapi cedera pada pertemuan menentang Selangor manakala Sani mempamirkan kecermerlangan dalam dua perlawanan.

Juru latih penjaga gol,Mohana Sudram gembira menyaksikan aksi mantappenjaga gol Sarawak kerana mereka mempunyai kebolehan hampir sama.

"Persaigan untuk posisi penjaga gol terbuka luas dan kita memiliki tiga penjaga gol yang sangat profesional,positif dan menyokong satu sama lain.

"Ia satu persaigan sihat dan situasi itu sangat penting" kta Mohan.

Beliau berkata,Saiful,28,adalah penjaga gol berpengalaman yang pernah bermain dengan Kuala Lumpur manakala Sani Anuar beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Malaysia.


sumber:Berita Harian/oleh Robert Kennet/3.2.2012.

 

 

Friday, 13 January 2012

Terubuk masin makin mahal


MESKIPUN menjadi ikon pelancongan, penangkapan terubuk tempatan perlu dikawal bagi mengelakkan ia pupus.
sitik.wordpress.com


   Ikan terubuk yang menjadi ikon produk makanan laut Sarawak selama 20 tahun hingga menjana pendapatan bernilai kira-kira RM20 juta setahun mungkin lenyap menjelang 2030 jika kerajaan lewat menambah stok spesies itu yang kini terus diancam kepupusan. 

     Ketika permintaan dalam negara terus meningkat,peniaga tempatan kini terpaksa bersaing sesama sendiri untuk menampung bekalan daripada pembekal yang mengimport ikan berkenaan sama ada dari Myammar,Thailand atau India sekali gus meningkatkan kos jualan.

    Produk terubuk masin yang terkenal di seluruh negara,kini berdepan risiko 'hilang dari pasaran'akibat bekalan tempatan sukar diperoleh serta harga yang mahal.

    Pengasas perusahaan ikan terubuk masin,Ibrahim Mohd Sahari,51,berkata produk industri berkenaan mungkin mampu betahan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang berikutan harga ikan mentah yang terus meningkat.

    Katanya,setakat ini,peniaga terubuk masin bergelut untuk mencari jalan alternatif bagi memastikan produk kebangaan rakyat Sarawak itu terus kekal.

    Beliau mencadangkan supaya kerajaan menerusi agensi tertentu berkaitan perikanan segera menambah stok ikan berkenaan sama ada secara ternakan mahupun kawalan ke atas jumlah tangkapan.

   "Mungkin kita dapat kolamternakan ikan terubuk secara besar-basaran membabitkan lebih banyak kawasan di negeri ini",katanya.

     Beliau yakin jika usaha pemuliharaan drastik dapat dilakukan,masalah kekurangan stok ikan berkenaan dapat dielakkan manakala perusaan terubuk masin dapat diprtahankan.

GERBANG utama Pasar Satok yang merupakan pusat penjualan terubuk masin Sarawak di bandar raya Kuching Utara.sitik.wordpress.com

   Menurutnya,jika masalah itu lewat ditangani,tidak mustahil industri terubuk masin akan mengecil manakala banyak pengusaha dan peniaga bakal hilang sumber pendapatan.

   "Ketika itu,mungkin hanya beberapa peniaga kekal beroperasi dan harga ikan juga pasti mahal.Sekarang ini pun,harga purata seekor terubuk masin dijual RM10.

   "Harga jualan setiap tahun pasti meningkat kerana faktor kurang bekalan,pada masa itu harganya mungkin mencecah RM20 seekor,adakah pelangan mampu membelinya lagi"katanya.

   Berdasarkan statistik 1989,pembekal menjual terubuk masin gred A(berat antara 800 gram hingga satu kilogram)pada harga semasa yang mencecah RM400 bagi jumlah yang sama.

   Ibrahim berkata,bekalan tempatan tidak dapat menampung permintaan polisi perlindungan oleh Lembaga Kemajuaan Ikan Malaysia(LKIM)yang hanya membenarkan terubuk ditangkap di kaasan perairan Sebuyau di Simunjan hinga Meludam,Betong pada waktu tertentu saja.

   "Ikan terubuk tempatan dilindungi sepenuhnya oleh pihak berkuasa dengan harga pula mencecah sehingga RM40 sekilogram,penduduk hanya boleh menangkapnya sekitar pertengahan tahun.

  "Memang terubuk tempatan paling digemari tetapi jumlahnya sudah tidak banyak sedangkan industri terubuk masin beroperasi sapanjang masa",kataaya


sumber:BERITA HARIAN
Jumaat 13 januari 2012
kredit untuk:sitik.wordpress.com

Tuesday, 3 January 2012

Fibox Shoutbox Yang Cool Untuk Blogger



Fibox Shoutbox Yang Cool Untuk Blogger

 Fibox adalah satu lagi nama baru untuk shoutbox yang memasuki ruang maya ini. Rentetan daripada shoutmix yang akan menamatkan perkhidmatan percumanya, admin dapati Fibox menawarkan shotbox yang bagi admin memang cool, (walaupun bagi admin baru sekali pandang:)








Fibox kini dalam fasa beta dimana lebih banyak penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak yang terbabit. Lihat pada paparan yang mesra pengguna dan penggunaannya yang mudah, admin tidak ambil masa yang lama untuk terus daftar. Anda boleh melihat contoh shotbox Fibox ini yang admin letakkan di blog ohbest.

Sambil-sambil daftar, admin ambil kesempatan untuk letakkan sekali tutorial untuk daftar Fibox seperti di bawah.

1. Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up


 
 

 2. Masukkan email address dan password. Tick pada term of service kemudian klik continue





 3. Notification mengatakan activation email dihantar kepada emial yang anda daftar. 


 
 4. Buka email dan klik pada link yang diberi.





 5. Pengesahan bahawa akaun anda telah diaktifkan.






 6. Login akaun anda, dan untuk kali pertama anda login anda akan diminta untuk create nama untuk shoutbox anda.



 7. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki






 8. Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.
(tidak faham.?) 
9. Save dan lihat hasilnya.:)








Tambahan:
Selepas pendaftaran, anda juga boleh login menggunakan akaun facebook anda.







kredit untuk:

! Tutorial Untuk Blog | Tips Blogspot

Monday, 2 January 2012

Lawas destinasi pelancongan unik Sarawak

Lawas destinasi perlancongan unik Sarawak


Tawar pelbagai keindahan,misteri alam belum diterokai


BAGI penduduk semenanjung terutama di kawasan bandar yang berkesempatan berkunjung ke satu daerah di Timur Laut Sarawak iaitu Lawas dan megenali masyarakat di situ,ia semamangnya peluang yang sangat berharga dan menarik untuk diterokai.


Lawas terletak di kawasan persempadanan antara Brunei dan Sabah dan menariknya ada di kalangan masyarakat di kawasan ini mempunyai hubungan persaudaraan di kawasan persempadanan yang membabitkan sebuah negeri dan negara ini.


Pengembaraan ke Lawas bermula di lapangan terbang Miri apabila kami menaiki pesawat MAS Wings Twin Otter.Bagi kebanyakan di antara kami inilah kali pertama menaiki pesawat kecil ini.


Terima kasih kepada juruterbang pesawat ini kerana kemahirannya membawa kami ke destinasi dituju dengan selamat dan kami gembira dapat melihat pemandangan hutan yang mengagumkan,ladang kelapasawit yang luas,aliran sungai mengalir seakan curahan teh tarik serta bentuk muka bumi yang pelbagai rupa.


Lawas dapat di gambarkan sebagai sebuah kawasan bandar kecil berlatarbelakangkan Gunung Crocker yang tersergam indah.Kami ditempatkan di Hotel Sri Malaysia yang menyediakan kemudahan bilik setanding hotel bertaraf sederhana di Kuala Lumpur.


Seperti kebanyakan kawasan perpindahan di Sarawak,Lawas bermula di persisir sungai di mana bot dan feri menjadi pengangkutan utama di sini.
















ikan tahai sambal


Berikutan kedudukan geografinya itu,Lawas sebenarnya melalui sebahagian rantaian jalan di Sarawak.Jalan utamanya menghubungkan ke kawasan di Sabah dan daerah Temburong,Brunei.Terdapat banyak jalan di kawasan ini yang sedang dalam pembinaan sebagai kemudahan perjalanan untuk menuiju ke kampung di kawasan pedalaman.


Hentian pertama dalam perjalanan kami adalah Pantai Punang,ia mungkin di kawasan paling selatan di Sarawak dan satu-satunya kawasan pesisir pantai di sini.


Terdapat perkampung nelayan di atas air di mana penduduknya kini menikmati kemudahan jalan raya yang baharu sejauh 12 km menghubungkan Lawas dan Kampung Punang.


Laluan baru ini memendekkan perjalanan dari 1 jam ke 15 minit dan laluan ini adalah sebahagian daripada inisiatif di dawah Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA)Mmenpertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar di mana 14 jalan raya sedang di bina di kawasan ini membabitkan 60% secara keseluruhannya.


Aktiviti seturusnya adalan dari Kuala Lawas ke kawasan tengah sungai dan dengan tambang RM1 seorang,kami mengambil bot dari jeti ke kampung Nor Islam Laut untuk melawat Kampung Pemukat iaitu satu lagi kawasan perkampungan nelayan di atas sungai.










Sangkar ikan di Kampung Awat-Awat menjadi sumber rezeki penduduk.




Inilah pengangkutan utama penduduk kampung berulang alik,bersama-sama kami menaiki bot pada dari hari itu adalah budak-budak yang baru pulang dari sekolah.


Kampung Pemukat sedang dalam transformasi dengan pembinaan banyak jalan baru di belakang kampung itu.


Ketua Kampung Lawas.Abd Kadir Akop,berkata keadaan sebalum ini sangat sukar.


"Apabila kami membuka pintu belakang rumah ia adalah pulau dengan pokok nipah tetapi kini apabila kami membuka pintu yang kelihatan adalah jalan raya,malah kami kini boleh meletakan kereta kami betul-betuk di balakang rumah"katanya.


Sesetengah daripada penduduk kampung pula memilih untuk memindahkan rumah berhampiran jalan raya baharu itu berbanding terus tinggal di kawasan Sungai.Bagi penduduk kota seperti kumpulan kami lebih cenderung untuk mengambil laluan berturap dan bagi penduduk setempat pemberian jalan raya itu sangat dihargai.


















SEORANG penduduk memunggah bungkusan ikan bilis untuk dipasarkan




Hari berikutnya kami mengambil peluang mengikuti jalan baharu untuk ke Kampung Awat-Awat di Sundar untuk bersama kumpulan wanita yang menyediakan sajian makanan yang enak.


Mereka melakukan demonstrasi menyediakan ikan tamban sebagai bahan asas dan dibakar.Sajian ini dikenali sebagai salai tahai dan di jual pada harga RM12 sekilogram,bagaimanapun pada musim hujan harga akan meningkat kerana kesukaran mendapatkan ikan.Hampir 95% penduduk di kawasan perkampungan ini terbabit dengan perikanan atau membuat salai tahai.


Pemborong dari pasar di brunei akan memilih ikan terbaik dari nelayan kampung ini.Selain daripada pengeluaran salai tahai dan perikanan di laut dalam,penduduk kampung mendapat bantuan kerajaan untuk menjalankan aktiviti menternak ikan dalam sangkar.Kini hampir 160 buah sangkar ikan membabitkan ikan janis kerapu dan siakap.


Ada di antara penduduk kampung mampu memperolehi RM5,000 sebulan termasuk pendapatan daripada pengeluaran salai tahai,nelayan dan pentrnakan ikan dalam sangkar.


Kampung Awat-Awat terdiri daripada empat perkampungan kecil iaitu Kampung Awat-Awat,Kampung Bangsal,Kampung Ujong dan Kampung Masjid mula menikmati pelbagai kemudahan sejak 2006.






KAWASAN penempatan semula penduduk yang sebelum ini tinggal berhampiran sungai.


Penduduk kampung ini menikmati sistem jalan raya yang membolehkan mereka memasarkan hasil keluaran ke pasaran.Ddi kawasan ini juga terdapat sekolah rendah dan kanak-kanak kampung ini tidak perlu berjalan jauh setiap hari ke sekolah atau tinggaldi asrama yang jauh dari rumah mereka.


Sekolah tadika yang sedia ada di kampung ini juga akan berpindah ke permis lebih baik dan sebagai tambahan penduduk juga di sediakan dewan masyarakat dan masjid.


Ketika rakyat Brunei dan sebahagian penduduk di kawasan barat Sabah begitu mengenali Lawas dengan pelbagai daya penarik,pewat dari semenanjung dan luar negara pula merasa ada satu misteri di kawasan ini.


Dengan gambaran perkampungannelayan dan keindahan alam semula jadi sebagai tarikan dan ramai yang tidak mengetahui bahawa di sini terdapat banyak keindahan belu diterokai bagi daya tarikan perlancongan di Sarawak.


Kemudahan kini sudah disediakan untuk dunia menyaksikan pengalaman menarik dan paling penting masyarakat luar bandar di Lawas kini paling bertuah dapat memanfaat segala kemudahan yang di sediakan.


PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN.
SUMBER:BERITA HARIAN 29.Disember 2011.
www.pemandu.gov.my