Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Tuesday 21 June 2011

Taman Negara Lambir


LHNP
foto:superpages.com.my
Lambir Hills National Park (Taman Negara Gunung Lambir)
foto:superpages.com.my

Taman Negara Bukit Lambir


Bukit Lambir sangat popular di kalangan ahli ekologi dan para penyelidik. Taman negara ini mempunyai keluasan 7,000 hektar dan kawsan seluas 52 hektar mengandungi 1,050 spesis pokok dan setiap pokok menampung 1,000 spesis serangga!

LHNP
foto:superpages.com.my

Ahli ekologi berpendapat bahawa terdapat banyak lagi spesis tumbuhan dan serangga di taman negara ini yang masih belum dikenalpasti. Taman negara yang menakjubkan ini adalah taman yang paling senang di kunjungi di Sarawak di mana ianya hanya 30 minit perjalanan dari Miri.


Dalam keghairahan anda untuk melawat Mulu atau Niah anda tidak harus melepaskan peluang melawat Lambir. Hutan Lambir menjadi tempat tinggal pelbagai jenis haiwan termasuk ungka, kera hantu, babi hutan, tupai terbang, rusa, 157 jenis burung dan harimau dahan yang cantik.


Anda akan melihat hidupan liar sambil anda meneroka laluan-laluan trek hutan di taman negara ini. Laluan trek hutan ini merupakan yang terpanjang dan paling lasak menuju ke puncak Bukit Lambir (465 meter), namun pemandangan hebat hutan hujan di bawahnya membuatkan pendakian ini sangat berbaloi.


Di sini terdapat sebuah menara pokok setinggi 40m di mana anda boleh melihat nadi kehidupan di dalam hutan secara dekat. Taman ini juga adalah sesuai untuk aktiviti memerhati burung.

LHNP
foto:superpages.com.my

Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Miri membuatkan taman negara ini destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari tetapi jika anda ingin memerhati hidupan liar mengikut kesenangan anda, tempat penginapan boleh ditempah di ibu pejabat taman.


Tips:


Bawa bersama pakaian mandi anda kerana taman ini mempunyai kolam tempat berenang di kaki air terjun yang hebat dan mudah dikunjungi. Ia adalah cara terbaik untuk menyegarkan diri anda di dalam hutan yang mempunyai cuaca panas lembap.

View
foto:superpages.com.my

Top
Pengangkutan:
Kereta


Taman ini terletak hanya setengah jam dari Miri dan mudah untuk ke sini. Ibu pejabat taman ini terletak berhampiran jalan Miri-Niah. Anda hanya perlu menaiki bas ke Bintulu atau Bakong di Miri. Anda juga mungkin memilih untuk menyertai lawatan berpandu yang bertolak dari Miri pada waktu awal pagi dan kembali selepas tengahari. Penginapan semalaman juga boleh diatur jika anda mahu. Anda juga boleh menyewa teksi untuk membawa anda ke sana.


Top
Talian Untuk Dihubungi:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my


Top
Penginapan


Terdapat sebuah rumah rehat di taman negara ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk bermalam di bandar Miri yang menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan hanya 45 minit dari taman negara tersebut.
 
sumber:http://www.nusantaraku.org/

No comments: