Muzium Sejarah Cina telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi pada 23 Oktober 1993. Bangunan itu sendiri memiliki ciri-ciri sejarah dan telah dibina dalam tahun 1912. Dari tahun 1912 hingga 1921 bangunan ini telah digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.
Tujuan ia ditubuhkan adalah sebagai sumber maklumat tentang sejarah pelbagai bangsa Cina yang menakjubkan. Peranan muzium Cina yang paling mencabar ialah mendidik generasi sekarang agar menghargai segala perjuangan dan nilai-nilai murni yang dikembangkan oleh pelopor terdahulu.
Para pelawat berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal-usul setiap etnik Cina yang menggunakan berbagai-bagai dialek. Selain itu, mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam akan kemahiran tradisional dan seni kebudayaan serta perkembangan yang telah dicapai sepanjang tempoh itu.
Muzium ini terletak di Tebingan Sungai Kuching dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancong.
sumber:www.museum.sarawak.gov.my
sumber:www.museum.sarawak.gov.my
No comments:
Post a Comment