Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Friday, 3 June 2011

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh


 

Semenggoh: orang utan calling

April 14, 2011

Surat terbuka kepada manusia.

Hi, nama saya Edwin. Saya adalah seekor orang utan yang hidup di pusat rehabilitasi orang utan di Semenggoh, Kuching.

Jika ada kelapangan, datanglah menjenguk saya, sepupu dan anak sedara mara saya di sini.

 Bila dah bosan layan dan tengok kerenah manusia, sekali sekala apa salahnya tengok kerenah orang utan pulak. Memang layan.

 Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre di Bt. 10, Kuching, kira kira 30-40 minit dari bandar Kuching menempatkan kira2 23 ekor orang hutan termasuk saya.

 Jalan ke Semenggoh Wildlife adalah menghala ke arah Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu dsb.



Untuk masuk ke pusat yang dibawah kawalan Forest Department Sarawak ini, bayaran yang dikenakan untuk manusia adalah RM3 sahaja. Untuk haiwan, percuma.



Daripada kaunter bayaran, kena terus drive melalui kawasan yang agak licin, sempat dan sedikit curam. Lima minit selepas drive baru boleh sampai ke tempat public parking.





Berbeza daripada sanctuary orang utan lain seperti di Sepilok, Sabah atau satu lagi di Singapura dimana anak2 orang hutan & remaja sebaya kami dimanjakan dan boleh dipegang, dipeluk serta disuap makanan kerana jinak, pusat di Semenggoh tidak begitu kerana ia sebuah kawasan pemuliharaaan di mana orang kami dibiar hidup meliar.

 Jadi sifat2 yang bakal ditonjolkan oleh kami dan keluarga orang utan di Semenggoh adalah lebih kepada sifat semulajadi & naluri haiwan sebenar.



Waktu yang paling sesuai untuk melawat kami di pusat pemuliharaan orang utan semenggoh ialah pada waktu pagi (9am-10am) atau petang (3pm-4pm) kerana pada waktu ini penjaga pusat akan memberikan makanan kepada kami.

 Selalunya pada waktu ni mood kami biasanya dalam keadaan baik.

 Biasalah, macam manusialah jugak.

 Apabila waktu makan tiba, akan kelihatan muncul dari kejauhan di ‘feeding area’ ataupun di kawasan umum di mana orang ramai boleh melihat saya dan rakan rakan seperjuangan lain.

 Pelawat tidak dibenarkan memberi makanan atau menyentuh orang utan di sini. Maklumlah, kami ni ganas dan unpredictable sikit. Hanya penjaga pusat sahaja yang dibenarkan.



Satu nasihat yang perlu diberi perhatian di sini ialah anda hendaklah sentiasa mendengar penerangan, nasihat dan arahan daripada pegawai yang menjaga pusat tersebut.



Memandangkan mereka sudah lama ‘berkawan’ dengan kami orang orang utan di sini, jadi mereka tahu bila ada orang utan yang berada dalam mood yang tidak baik dan bersedia untuk mengganas.
 Pusat ini dilengkapi dengan kawasan berkumpul di masa kecemasan seperti waktu orang utan mengamuk dan sebagainya.



Uncle di bawah yang rancak bercerita di bawah ini pernah dicederekan oleh seekor orang utan (bukan saya) yang mengamuk di bahagian kaki kanannya. Penjaga2 pusat pemuliharaan ini rata2nya amat peramah dan mesra sekali.



Tapi anda janganlah terlalu risau untuk datang kerana segala arahan dan pemberitahuan akan dilakukan dengan baik oleh pegawai bertugas.

Kami juga, tidak seperti monyet2 dan beruk2 di Botanical Garden di Penang, tidak mencuri plastik makanan dan kamera anda.

 Setiap orang utan di sini diberi nama2 tersendiri. Contohya anak saudara sebelah pak su saya, George di bawah. George ni sporting, fotogenik dan tak pemarah.

 Nak ambik makanan pun ada showmanship. Mula2 bergayut upside down dan tunggu orang baling tebu dari bawah.



‘Penghulu’ orang utan di pusat ini bernama Ritchy, seekor orang utan yang tua, huduh, busuk, moody dan kasanova.

 Dinamakan penghulu bukan disebabkan sifat kepemimpinannya tapi sikapnya yang sombong dan bossy.

Kebetulan waktu gambar di bawah diambil mood dia berada dalam keadaan yang tak baik.

 Ini disebabkan perselisihan fahaman antara Ritchy dan George kerana George mengganggu territory Ritchy dan mereka berdua sedang berebut awek yang sama, iaitu Noryn.

 Nasib baiklah Ritchy tidak mengetahui saya ada affair dengan Noryn. Kalau tak mampos…
Tengok muka Ritchy ni dari jauh pun dah gerun.

‘Apa pandang pandang?’, mungkin itu yang dikatakan Ritchy.



Di belakang pengetahuan Ritchy, kami menggelarkan beliau Ritchy Bitchy.



Anda boleh melihat clip George tengah makan tebu (background sound tu interview manusia dengan penjaga pusat), manakala untuk Ritchy Bitchy, tak sempat kerana haritu mood dia meragam.

Tak tahulah kenapa, tapi somehow papan tanda kat bawah ni look funny bila saya baca… Kawan2 orang utan yang lain pun gelak bila baca.



Pusat ini ditutup sebelum hari gelap untuk membolehkan kami mengawan tanpa dicapture dalam camera video dan diupload dalam YouTube.



Sekian, terima kasih kerana membaca surat ini.

- Edwin

Semenggoh Wildlife Rehabiliation Centre,
93677, Kuching, Sarawak

dipetik dari:pesonabatik.com 
sumber:cutidikuching.com