Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Saturday 4 June 2011

Muzium Tamadun Islam



Ukiran kayu bermotif bunga-bungaan, digunakan sebagai hiasan pada rumah orang-orang kenamaan.

Adalah dipercayai Islam telah diperkenalkan di rantau ini oleh pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam dari Timur Tengah, India dan China. Walau bagaimanapun, sejarah Islam di negeri Sarawak berkait rapat dengan sejarah Pulau Borneo terutama sekali Brunei. Ternyata polisi kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kedudukan Islam di Sarawak. Sultan Brunei memainkan peranan utama dalam menyebarkan Islam kepada penduduk Sarawak. Ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan undang-undang Syariah telah membentuk cara hidup individu Muslim dan ia juga telah memberi inspirasi dalam senibina Islam dan ia diperkayakan dengan cetusan nilai-nilai Islam.
                          
Objektif utama dalam Senibina Islam adalah untuk melahirkan rasa ketenangan, keharmonian dan kemanusiaan dan bukannya untuk diagung-agungkan dan disembah. Senibina Islam hanyalah satu pembangunan yang lahir daripada kreativiti pengukir berdasarkan sumber inspirasi daripada Al-Quran dan melahirkan bentuk-bentuk geometri, kaligrafi dan warna. Rekabentuk ini melambangkan rasa syukur dan kekuasaan Allah.
Beberapa koleksi senibina Islam dipamerkan di Muzium Islam Sarawak. Antaranya ' Daun Pintu '; pintu kayu yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang berwarna emas dan merah. Pintu seperti ini biasanya digunakan di dalam rumah orang-orang Melayu sewaktu abad ke 15 dan ke 16. Selain daripada itu, ukiran kaca bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan kaligrafi juga boleh didapati di galeri Muzium Islam Sarawak. Biasanya ia digunakan di rumah tradisional orang Melayu yang mempunyai ketinggian 240 sm dan 480 sm lebar yang diukir untuk membolehkan sistem pengudaraan yang baik dan cahaya memasuki bilik.

Pada zaman keagungan Islam senjata digunakan oleh orang Islam untuk mempertahankan diri mereka dari ancaman musuh. Antara jenis senjata yang digunakan ialah parang, tombak, senapang dan lain-lain. Pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal dan mahir menggunakan senjata ialah Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Ali dan Khalid Al Walid.



Kehebatan menggunakan berbagai jenis senjata dapat menggambarkan ketinggian tamadun orang Islam dalam usaha mempertahankan diri daripada ancaman musuh serta memerangi musuh-musuh Islam yang cuba menghancurkan Islam. Kehebatan pengukir sewaktu zaman keagungan Islam dalam mengukir senjata-senjata mengadunkan simbol peperangan dan kehalusan nilai seni. Pengukir cuba mengambarkan semangat jihad dan keagungan Allah melalui seni ukir dan reka bentuk pada setiap senjata yang di ukir. Berdasarkan kegemilangan Islam pada masa lampau membolehkan Islam bertakhta dihati setiap muslim yang beriman pada masa kini.



Keris merupakan salah satu senjata yang terkenal di kalangan orang Melayu. Sebagai contoh, Keris Bugis dijumpai di Celebes pada abad yang ke 17 menyerupai bentuk Semenanjung. Hulunya dibuat daripada gading dan mempunyai pendongkok perak di permukaannya.

Mata kerisnya lurus dan mempunyai perabong di tengah. Sarung keris dibuat daripada perak yang berukir dimana bahagian atas sarung terdapat lambang kepala manusia. Bahagian hujung sarung keris telah pun rosak . Manakala pada bahagian belakang sebelah kanan sarung keris terdapat perkataan 'Allah' dalam tulisan Arab.

Senibina Islam tidak dapat lari dari seni khat berdasarkan petikan daripada ayat Al-Quran atau pun paling ringkas perkataan 'Allah' dan 'Nabi Muhammad S.A.W' dalam tulisan Arab .


sumber:http://www.museum.sarawak.gov.my

No comments: