Pages

Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Tuesday 7 June 2011

Mari belajar bahasa melayu sarawak


Dialek Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dialek Sarawak atau Bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan 
oleh penduduk yang berbangsa melayu di Sarawakdalam kehidupan seharian. Di mana
 dialek ini banyak dipengaruhi oleh Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan Bahasa suku-suku
 di Filipina. Ia juga mempunyai beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei
 serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di Kalimantan.

Isi kandungan

 [sorokkan]

[sunting]Contoh

Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak.

[sunting]Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek ada kereta"
 bermaksud "Saya ada kereta".
Kata "Kamek" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap
 orang yang lebih tua.
Kata "Saya" juga sama halusnya dengan kata "Kamek". Jika "Kamek" umumnya
 digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita,
 tetapi tak terlalu sesuai digunakan terhadap orang yang baru kita kenal.
 Misalkan dengan orang yang kita berurusan bertemu di atas Bas.
 Sedangkan kata "Saya" biasa digunakan terhadap keluarga dan orang terdekat
 dan orang yang telah lama kita kenal, dan juga sesuai dan layak saja jika kita
 gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal.
Kata ini juga umumnya dipakai di Kalimantan Barat, misalkan pada Bahasa Melayu
 Logat Pontianak dan Logat Mempawah, dan logat lainnya yang ada di Kalimantan Barat

[sunting]Kitak

Kitak bermaksud awak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kitak ada kereta"
 bermaksud "Awak ada kereta".
Di dalam Bahasa Melayu Logat Kalimantan Barat
 (Logat Pontaianak dan Logat Mempawah misalkan), kata "Kitak" berarti kalian.
 Sedangkan awak=kau=anda

[sunting]Molah

Molah bermaksud buat di dalam bahasa Melayu.
 Contohnya "Kamek gik molah kerja" bermaksud "Saya sedang buat kerja".

[sunting]Sik

Sik bermaksud tidak di dalam bahasa Melayu.
 Contohnya "Kamek sik tauk" bermaksud :Saya tidak tahu".
Selain daripada itu terdapat banyak perkataan dalam bahasa sarawak yang
 terlalu jauh bunyinya daripada bahasa Malaysia. Contohnya;
  • Kenak = Kenapa
  • Kenak = Kena
  • Tangga = Tenguk/Lihat
  • Diat = Lihat/Tengok
  • Tunggah = Panggil
  • Padah = Beritahu
  • Engkah = Letak
  • Embak = Bawa
  • Mikik = Baiki
  • Kepak = Penat
  • Nekik = Daki
  • Tempek = Tampal,(sama maksud 'tepek' bgi longat kelantan)
  • Lonjong = Panjang
  • Asuk = Anjing
  • Pusak = Kucing
  • Manok = Ayam
  • ...indah = 'pengguat ayat' contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja.
  •  maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
  • Geruk = Leher
  • Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
  • plente = Bergurau
  • Pebulak = Penipu
  • Berolah = Nakal
  • Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
  • Sitok = Sini (di sitok = di sini)
  • Tapak = Pinggan
  • Cangkir = Cawan
  • Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
  • Polah = buat / lakukan
  • Dibah = Di bawah
  • Semangka = Tembikai
  • Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
  • Pusuk = Ikan Bilis
Terdapat juga bahasa melayu sarawak yang digunakan oleh orang-orang
 tua sarawak terutamnaya di Bahagian Kuching. Seperti:
  • Ladin = Pisau
  • Lang = Pintu
  • Sukut = sisi
  • Pagu = Para
  • Telok = Bilik
  • Diniari = Subuh
  • Pagi awal = Awal pagi
  • Gadong = Hijau
  • Kalas = Merah jambu
  • Ngkodok = Ungu
  • Minyak = cuma
  • Ngetor = Jalan-jalan (TOUR)
Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Sarawak belum 
termasuk kata nama, kata sifat, kata kerja, kata soal serta nahu-nahu yang 
perlu kita tahu dalam mempelajari Bahasa Sarawak


sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Dialek_Sarawak#Kamek



Perbincangan:Dialek Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
saya fikir boleh ke kita katakan bahasa sarawak ialah dialek sarawak..? 
che 18:02, 2 September 2006 (UTC)
Sarawak adalah unik kerana ianya terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
 bahasa serta dialek masing-masing. Sarawak mempunyai 40 kumpulan suku kaum
 seperti Iban, Bidayuh, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kajang, Ukit, Kelabit dan
 banyak lagi. Setiap kaum juga mempunyai variasi yang unik dalam bahasa
 masing-masing. Oleh itu, Bahasa Sarawak bukanlah terdiri daripada
 satu bahasa sahaja, ianya terdiri daripada Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh,
 Bahasa Penan, Bahasa Kayan, Bahasa Kenyah, Bahasa Punan, Bahasa Kajang,
 Bahasa Ukit, Bahasa Kelabit dan banyak lagi. Variasi daripada Bahasa Melayu
 yang digunakan oleh masyarakat Melayu di Sarawak itu sendiri adalah
 dikenali sebagai dialek melayu Sarawak