Followers

About Me

My photo
kepong, kuala lumpur, Malaysia
Ank kelahiran sarawak,berketurunan melayu bugis(ayah melayu,mak bugis),menetap di pekan kepong,kuala lumpur.Terima kasih bnyk-bnyk kerana sudi singgah di blok sy.Klu bleh follow skli lgi cantik..

Friday, 10 June 2011

Taman Negara Kubah

lokasi1

PELANCONGAN


Taman Negara Kubah

Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan beberapa minit perjalanan dari Kampung Matang, Taman Negara Kubah yang memiliki hutan semula jadi merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar.

Sebahagian besar taman ini diliputi dataran tinggi batu pasir termasuklah Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok.


Dengan ketinggian antara 150 hingga 450 meter, dataran ini diselang-selikan dengan terbentuknya batu kapur yang sudah menjadi keras dan deruan air terjun yang jernih dan mampu menggamit kedatangan pengunjung.


Kawasan ini meliputi hutan lanar, hutan campuran bertanah rendah (dipterocarp), hutan kerangas (kesihatan), hutan ‘submont’ dan hutan sekunder.


Lokasi taman yang berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakau serta ciri-ciri semula jadi lain menjadikan Kubah sebagai kawasan hidupan liar seperti babi hutan, Kenyalang, pelanduk, tupai dan pelbagai jenis amfibia serta reptilia.


Taman Negara Kubah juga menjadi tempat melatih Orang Utan yang tidak mempunyai ibu bapa tentang cara hidup berdikari di dalam hutan.


Apabila berada di sini, pengunjung dapat melihat banyak Orang Utan terutama ketika haiwan-haiwan ini diberi makan selain berkesempatan melihat beruang Madu, rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang menempatkan helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.


Di sini, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rentas hutan dengan melalui empat trek yang disediakan.


Jika melalui trailPitcher, ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam manakala trail sungai Rayu memerlukan

masa kira-kira tiga hingga empat jam.


Sekiranya melalui trail sungai Senduk, masa yang diperlukan untuk merentas hutan biasanya lebih kurang satu jam dan tambahan sejam lagi jika melalui trail sungai Buluh.


Kemudahan penginapan seperti khemah dan chalet yang dilengkapi katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi, elektrik serta tempat meletak kereta dan kantin juga disediakan di taman negara ini


Bagi pengunjung luar yang ingin melihat gelagat pelbagai jenis haiwan dan menikmati alam semula jadi di Taman Negara Kubah disarankan menyewa kereta atau pun menaiki teksi kerana masa perjalanan bagi pengangkutan awam di sini agak terhad.


Dari pusat bandar raya Kuching, perjalanan menuju ke sini lazimnya mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam bergantung kepada keadaan jalan raya.


Dari pusat bandar, pengunjung perlu memandu ke Jalan Satok dan merentasi jambatan (jalan raya) yang menjadi laluan utama bagi menghubungkan penduduk kawasan utara (seberang sungai) dan selatan, Kuching.


Sampai sahaja di simpang bulatan simpang empat, pengunjung perlu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Matang.


Dari sini, perjalanan perlu diteruskan kira-kira setengah jam dengan melalui jalan utama Matang sebelum sampai ke Taman Negara Kubah. (KK6: 21 Julai 2010 – Oleh: Noraini Mahyan)


dari sumber:
Perpustakaan Desa Kampung Matang Batu 10 93050 Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang.